Pemikiran Liberal dalam Kritik Matan Hadis: Di Mana Silapnya? berusaha untuk menjawab kerancuan dan kecelaruan pemikiran aliran liberal terhadap hadis-hadis yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Umum mengetahui bahawa aliran liberal menggunakan metode dan pendekatan yang jauh berbeza dengan ulama hadis dalam berinteraksi dengan hadis-hadis nabi SAW. Bagi aliran liberal, asas dan prinsip hujahan mereka adalah berdasarkan kepada rasional dan logik akal semata-mata. Rasional dan logik akal menurut mereka mengatasi petunjuk wahyu daripada al-Quran ataupun hadis. Mereka menggunakan akal sebebasnya dan semahunya tanpa batasan dan sempadan. Kurangnya pengetahuan dan kepakaran mereka berkaitan sanad hadis menyebabkan mereka beralih kepada kritikan matan hadis sahaja. Justeru buku ini cuba untuk mengenal pasti hadis-hadis yang dipertikaikan oleh aliran liberal dan apakah metode kritikan matan hadis yang diaplikasikan oleh mereka.
Pemikiran Liberal dalam Kritik Matan Hadis: Di Mana Silapnya?
Penulisan bersama MUHAMMAD TAUFIQ AMAT FAMSIR @ AMAT TAMSIR dan FAISAL AHMAD SHAH
Penerbit UM (Cetakan pertama, 2024)
xviii + 236 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM60.00
In stock
Prakata
Pendahuluan
1. Konsep dan Metodologi Kritik Matan dalam Naqd al-Hadīth
2. Aliran Islam Liberal dan Pemikiran Mereka Terhadap Hadis
3. Sāmir Islāmbūlī dan Metodologi Kritik Hadis dalam Tahrīr al-‘Aql Min al-Naql
4. Analisis Metode Kritik Hadis Sāmir Islāmbūlī Terhadap Hadis Sahīh al-Bukhāri dan Sahīh Muslim
5. Penutup
Rujukan
Indeks
| Weight | 0.39 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.9 × 15.3 × 1.4 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2024 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In













Reviews
There are no reviews yet