Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu menghimpunkan koleksi tulisan dan idea Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1998-2006). Beliau merupakan seorang sarjana yang sangat disegani di Malaysia dan dunia Islam amnya kerana ketinggian ilmu serta peribadinya yang tawaduk dan sentiasa berhikmah dalam urusan hidup dan pengurusannya. Penyunting mengumpulkan pelbagai tulisan dan pandangan penulis tentang isu pendidikan dan pembangunan dalam konteks pembangunan ummah dan negara.
Dua idea ini menjadi salah satu tema penting dalam pemikiran penulis sejak awal 1980-an lagi, kerana pada hemat beliau terdapat banyak kekurangan dalam wacana pendidikan yang bersifat kritis untuk menghadapi tujahan pemikiran Barat ke atas pemikiran umat Islam dan negara-negara pascakolonial seperti Malaysia. Antara tema utama yang selalu disentuh ialah peranan Islam dalam menghadapi peradaban, pemikiran dan kebudayaan Barat, terutamanya bagaimana seharusnya kita menghadapi ancaman sekularisasi, modenisasi dan pascamodernisme.









Reviews
There are no reviews yet