Pengurusan Keselamatan Pantai Timur Sabah mengupas secara komprehensif pendekatan menyeluruh kerajaan Malaysia dalam mengurus keselamatan di Pantai Timur Sabah, sekaligus menunjukkan kesungguhan negara dalam melindungi wilayah yang strategik ini. Pantai Timur Sabah atau wilayah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESS Zone), merupakan kawasan yang sangat strategik kerana kedudukannya di Sempadan Tiga Negara atau Tri-Border Area (TBA). Kedudukan geografi yang bersempadan laut dengan selatan Filipina dan darat dengan Indonesia menjadikannya kawasan berisiko tinggi terhadap pelbagai ancaman tradisional dan bukan tradisional. Berhadapan dengan ancaman ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan keamanan, keselamatan, dan kestabilan di wilayah ini. Pendekatan yang diambil tidak terhad kepada penubuhan agensi keselamatan seperti ESSCOM, operasi ketenteraan atau penempatan aset keselamatan semata-mata, tetapi turut merangkumi inisiatif bukan ketenteraan seperti penglibatan bersama komuniti, perang psikologi dan pembangunan sosio-ekonomi bagi memperkukuh daya tahan masyarakat setempat. Selain usaha unilateral, Malaysia juga terlibat secara langsung dalam kerjasama serantau melalui diplomasi dan kolaborasi keselamatan bilateral, trilateral, dan multilateral. Inisiatif seperti dasar memakmurkan jiran, Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) dan BIMP-EAGA memperlihatkan komitmen Malaysia dalam memastikan keselamatan di kawasan sempadan secara bersepadu dan berkesan.
Pengurusan Keselamatan Pantai Timur Sabah
Suntingan oleh RAMLI DOLLAH dan AMRULLAH MARAINING
Penerbit UMS (Cetakan pertama, 2025)
xxii + 341 halaman termasuk Indeks
RM50.00
In stock
Prakata
1. Ontologi Pengurusan Keselamatan Pantai Timur Sabah
– Amrullah Maraining & Ramli Dollah
2. Peristiwa Tanduo dan Penubuhan ESSCOM-ESS Zone
– Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dollah, Saiful Zizi Jalil & Modwin Robin
3. Kesedaran Keselamatan dalam Kalangan Komuniti ESS Zone di Awal Penubuhan ESSCOM
– Ramil Dollah, Zaini Othman, Eko Prayitno Joko, Amrullah Maraining, Fauzie Sarjono & Oliver Valentine Eboy
4. Penguatkuasaan Undang-undang dan Operasi di Pantai Timur Sabah, 2000-2018
– Abdul Rashid Abdul Hamid & Ramli Dollah
5. Peranan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dan Keselamatan di Pantai Timur Sabah
– Abdul Rashid Abdul Hamid & Ramli Dollah
6. Dinamika Usaha-usaha ESSCOM dalam Mendepani Ancaman Keselamatan di Pantai Timur Sabah Sebelum, Semasa dan Pasca Era COVID-19
– Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, Abdul Rashid Abdul Hamid & Ramli Dollah
7. Penguatkuasaan Perintah Berkurung di ESS Zone: Isu dan Cabaran
– Amrullah Maraining, Ramli Dollah, & Issraq Ramli
8. Memasyarakatkan ESSCOM Menerusi Penglibatan Bersama Komuniti ESS Zone
– Amrullah Maraining, Ramli Dollah & Saharudin Japarudin
9. Pendekatan ‘Non-Military’ dan Jenayah Rentas Sempadan di ESS Zone
– Natrah Edayu Abdul Halim & Ramli Dollah
10. Peranan Komuniti Bajau di Pantai Timur Sabah kepada Keselamatan Malaysia
– Ramli Dollah, Md. Saffie Abdul Rahim, Sulaiman Tahajuddin, Nordin Sakke & Adi Jafar
11. Kerjasama Tiga Negara dalam Mengurus Keselamatan di Pantai Timur Sabah
– Ramli Dollah, Abdul Rashid Abdul Hamid, Mohd Ikhram Mohd Ridzuan & Hafiza Nur Adeen Nor Ahmad
12. Tiga Dekad BIMP-EAGA: Evolusi dan Cabaran dalam Konteks Sabah
– Ezni Hezri Mohd Yusop, Rizal Zamani Idris & Kasim Mansor
13. Dasar Memakmurkan Jiran (Prosper Thy Neighbour) dan Pengurusan Keselamatan Negara: Malaysia dan Proses Perdamaian di Selatan Filipina
– Ramli Dollah, Eko Prayitno Joko & Wan Shawaluddin Wan Hassan
14. Pengalaman Pengurusan Sempadan di Indonesia: Iktibar kepada Malaysia
– Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan & Diana Peters
15.Potensi dan Peluang Keselamatan di Pantai Timur Sabah
– Ramli Dollah & Amrullah Maraining
Indeks
| Weight | 0.532 kg |
|---|---|
| Dimensions | 23 × 15 × 1.8 cm |
| Author(s) | Abdul Rashid Abdul Hamid, Adi Jafar, Amrullah Maraining, Diana Peters, Eko Prayitno Joko, Ezni Hezri Mohd Yusop, Fauzie Sarjono, Hafiza Nur Adeen Nor Ahmad, Issraq Ramli, Kasim Mansur, Md. Saffie Abdul Rahim, Modwin Robin, Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, Natrah Edayu Abdul Halim, Nordin Sakke, Oliver Valentine Eboy, Ramli Dollah, Rizal Zamani Idris, Saharudin Japarudin, Saiful Zizi Jalil, Sulaiman Tahajuddin, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Zaini Othman |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2025 |














Reviews
There are no reviews yet