Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya merupakan huraian amat menyentuh perasaan dan selari dengan keperluan semasa oleh Syeikh Hamza Yusuf, berdasarkan kitab Matharatu‘l-Qulub karangan Imam Maulid yang merupakan antara panduan terbaik bagi mengasuh kalbu. Syeikh Hamza Yusuf ialah ulama pertama dari Amerika Syarikat yang menjadi pensyarah universiti tertua di dunia, Universiti Qarawiyin, Maghribi, dan juga pengasas kolej Islam pertama di Amerika Syarikat. Kalbu atau hati yang sihat menentukan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Pelbagai kemelut, dari pergeseran antara saudara-mara sehinggalah ke perang antara negara, berpunca daripada penyakit hati. Ayuh kita telusuri penjelasan yang dikemukakan oleh ulama yang hebat dalam buku ini dan mempelajari penyakit-penyakit hati, meneliti punca, tanda dan gejalanya serta cara mengubatinya.
Terdapat dua jenis rawatan: rawatan secara teori iaitu kefahaman tentang penyakit hati dan rawatan amali yang menumpukan kepada kaedah rawatan yang perlu diambil bagi memurnikan kesucian semulajadi hati. Jika kita menggunakan kaedah-kaedah yang kita pelajari yang telah disampaikan kepada kita oleh para ulama besar daripada segenap tradisi Islam yang luas, nescaya hasilnya akan dapat kita lihat. Tetapi sama halnya dengan arahan pengubatan, doktor tidak boleh memaksamu untuk mengambilnya. Ulama rohani yang mempunyai pengetahuan tentang penyucian hati telah membenkan kepada kita rawatannya, sebagaimana yang mereka olah danpada ajaran Quran dan teladan daripada Nabi Muhammad saw. Ajarannya semua tersedia. Ia jelas bahkan berkesan. Terpulang kepada kita untuk mempelajannya kemudian menggunakannya terhadap din dan seterusnya berkongsi dengan orang lain.












Reviews
There are no reviews yet