Perdukunan Melayu

JOHN D. GIMLETTE bertugas selaku Pakar Bedah Residen Kelantan, sewaktu pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu; dan juga Pakar Bedah Majistret di Selinsing, Pahang.

Terjemahan daripada judul asal Malay Poisons and Charm Cures oleh AHMAD ZAMANI ISHAK dan IZZUDDIN RAMLI

IBDE (Cetakan pertama, 2023)
xii + 234 halaman termasuk Indeks

RM50.00

In stock

Perdukunan Melayu meneroka ranah perubatan tradisional yang diamalkan sewaktu perubatan moden Barat masih asing di Tanah Melayu hasil daripada kajian penulis selama 13 tahun di Kelantan. Beliau telah bertemu para bomoh, berbicara dengan orang kampung, menelaah cerita rakyat dan jampi serapah, serta merakam pelbagai jenis racun dan penawar yang diambil daripada alam haiwan dan tumbuhan. Buku ini menggagaskan bahawa orang Melayu memasuki “alam nyata” dan “tidak nyata” bagi mencari penawar, menagih cinta, membalas dendam, dan mempertahankan diri dengan tangkal dan azimat. Karya ini menunjukkan Gimlette mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kepercayaan mistik Melayu, dan memberikan huraian yang terperinci tentang beberapa jampi dan tangkal yang digunakan oleh orang Melayu Kelantan untuk tujuan yang baik dan yang tidak baik, serta dalam rawatan penyakit dan keracunan. Huraian yang cemerlang mengenai upacara pengusiran jin dan ungkapan mantera menjadikan bahagian buku ini sangat menarik kepada sesiapa yang mengkaji adat resam Melayu. Dalam perbincangan mengenai kaedah pemberian racun, Gimlette memerhatikan bahawa walaupun “pakar-pakar Melayu” tidak mempercayai kewujudan racun berjangka, mereka percaya bahawa tindakan racun tertentu boleh dipercepatkan atau dilewatkan dalam tempoh yang lama dengan pengambilan sayur-sayuran atau buah-buahan tertentu selepas itu.

Bahagian kedua buku ini dikhaskan untuk huraian mengenai racun-racun di Tanah Melayu yang berasal daripada haiwan dan tumbuhan, racun kimia dan bahan perengsa kulit. Racun-racun tersebut dikelaskan kepada racun haiwan (diperoleh daripada ikan, reptilia, amfibia, serangga, moluska dan cacing); racun tumbuhan, yang paling banyak dan disusun mengikut abjad; dan racun bukan organik. Terdapat tiga lampiran penting: Lampiran I mengandungi jampi dan tangkal yang ditulis dalam Rumi; Lampiran II menyenaraikan klasifikasi mengikut turutan semula jadi tumbuhan beracun yang dibincangkan; dan Lampiran III menyenaraikan racun di Kelantan mengikut abjad. Bahagian paling berharga dalam Perdukunan Melayu ialah senarai rujukan yang banyak disertakan pada setiap bab dan penerangan pokok-pokok beracun yang berbeza, dipetik secara terperinci daripada Ridley. Buku ini ditulis dengan gaya yang menarik dan merupakan sumbangan berharga kepada bidang peracunan.

Pengantar

1. Kaedah Umum Peracunan dan Jampi Melayu
2. Bomoh dan Perubatan Klinikal
3. Jampi dan Tangkal
4. Ilmu Hitam dalam Perubatan Melayu
5. Jampi dan Meramal
6. Racun daripada Ikan
7. Racun-racun Lain daripada Alam Haiwan
8. Racun daripada Tumbuhan Hutan
9. Pelbagai Racun Lain daripada Tumbuhan
10. Racun Melayu daripada Sumber Bukan Organik

Lampiran
Indeks

Weight0.369 kg
Dimensions22.8 × 15 × 2.2 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Malay Poisons and Charm Cures

    Malay Poisons and Charm Cures

    RM45.00
  • Rukunegara – Selayang Pandang / A Brief Introduction

    Rukunegara – Selayang Pandang / A Brief Introduction

    RM30.00
  • Gelagat dan Ragam Orang Melayu

    Gelagat dan Ragam Orang Melayu

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page Price range: RM50.00 through RM55.00
  • Dunia Kini Milik China?

    Dunia Kini Milik China?

    RM70.00