Perikatan Ulama-Negara: Punca Autoritarianisme dan Kemunduran Dunia Muslim merumuskan sebuah kajian dan pemerhatian akan dampak negatif pengkomplotan antara pihak pemerintah dan kelompok agamawan di dalam dunia Muslim. Bahagian pertama buku ini adalah relevan kepada semua masyarakat Muslim di seluruh dunia kerana ia menganalisis sejarah awal Islam. Ia merupakan sebuah artikel yang membandingkan Islam dan Katolikisme bersabit hubungan mereka dengan autoriti diraja antara abad ke-7 dengan ke12. Artikel ini mengkritik klise pihak esensialis bahawa Islam menolak pemisahan agama-negara. Klise yang mengelirukan ini diterima oleh kedua-dua pihak Islamis dan Islamofob. Artikel ini menekankan bahawa perikatan ulama-negara bukan sahaja tidak diperlukan oleh teks Islam bahkan bukan suatu ciri sejarah awal Islam. Sebaliknya, perikatan ulama. negara menurut sejarah telah terbina selepas abad ke-11.
Pembaca Malaysia juga akan mendapati bahagian kedua buku ini relevan. Ia merupakan suatu laporan yang meneliti sesetengah masalah sejarah dan kontemporari dalam dunia Muslim. Ia menganalisis 50 buah negara majoriti Muslim dalam tiga kumpulan berkaitan rejim perlembagaan mereka dari segi hubungan agama-negara (sama ada perlembagaan ini berasaskan Syariah atau sekular) serta ekonomi mereka (sama ada berasaskan minyak atau tidak). Laporan tersebut menegaskan bahawa menafikan masalah negara-negara majoriti Muslim dengan melabelkan analisis kritikal sebagai “Orientalis” adalah salah. Ia turut mencatat bahawa dengan menyalahkan Islam atau penjajahan Barat semata-mata menyumbang kepada fenomena Islamofobia di Barat serta anti-Pembaratan dalam dunia Muslim. Sebaliknya laporan berkenaan menjelaskan bagaimana perikatan ulama-negara telah meminggirkan golongan intelektual dan usahawan ekonomi dalam dunia Muslim serta telah menyebabkan keadaan intelektual dan ekonomi yang tidak berkembang yang berkekalan.










Reviews
There are no reviews yet