Politik Era Populisme

NOMY NOZWIR merupakan seorang bekas wartawan yang kini menjadi penulis novel alternatif dengan nama Nami Cob Nobbler.

CAKNA (Cetakan pertama, 2025)
266 halaman

RM35.00

In stock

ISBN: 9786299517641 Product ID: 48104 Subject: Sub-subjects: ,
GTIN: 9786299517641
Brand: Penerbitan Cakna

Politik Era Populisme merupakan himpunan penulisan bergenre politik, sosial, dan ekonomi yang sedikit sebanyak mendedahkan pembaca kepada pandangan seorang pemerhati politik. Isu-isu semasa, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, menjadi minat penulis untuk dikupas atas dasar keperluan kepada suara dan pandangan daripada rakyat sendiri. Populisme bukan lagi sekadar istilah akademik yang jarang disebut. Abad ke-21 ini, ia sudah menjadi bualan orang ramai, bahan berita utama, dan bahkan dasar kerajaan. Dari ceramah politik hingga ke media sosial, idea-idea populis banyak mendapat perhatian yang luar biasa—seolah-olah ia datang membawa jawapan kepada semua masalah semasa. Namun, realitinya, ucapan-ucapan seperti “Harini saya menang…”, “Make America Great Again!’, semua boleh berakhir dengan kata balas “manifesto bukan kitab suci”.

Justeru kumpulan tulisan ini cuba memahami fenomena tersebut secara jujur dan terbuka. Ia bukan buku yang ingin memuja mana-mana tokoh, dan juga bukan naskhah yang hanya menuding jari. Sebaliknya, ia membawa pembaca kepada isu-isu semasa seputar era populisme tahun-tahun ini—dunia yang serba cepat, penuh informasi, tapi juga penuh kekeliruan dan ketidaktentuan. Penulis melihat populisme sebagai cerminan zaman yang letih dengan politik elit, bosan dengan janji manis yang di’capati’, dan dahagakan suara yang benar-benar mewakili rakyat. Tapi dalam semangat ingin bergerak ke hadapan, persoalan besar yang timbul di sini adalah: Adakah idea populisme itu benar-benar membawa penyelesaian, atau hanya menggantikan satu zaman pemerintahan itu kepada zaman pemerintahan yang lain?

Pengenalan

1. Warlordism Politic 1.0: Ketaksuban dalam Politik Kabilah
2. Warlordism Politic 2.0: Mengenali Politik Kabilah
3. Warlordism Politic 3.0: Memahami Politik Kabilah Semasa Malaysia
4. Memahami Apa Itu Kerajaan Gagal (Failed State)?
5. Review: How to Become a Tyrant
6. UMNO, Grand Old Party
7. Geografi Itu Takdir
8. Warlordism Politic 4.0: Ketuanan dan Taukeh Cukong dalam Politik Malaysia
9. Triumvirate Politik Melayu Moden
10. Krisis Ringgit dan Cerita di Sebalik Tabir Dunia
11. Burung Batu Air dan Tunggangan Agama
12. Isu Co-payment Insurans
13. Politik dan Medium Maklumat
14. Pengundi Segambut akan Tetap Pilih Hannah Yeoh di Segambut
15. Ismail Sabri Tak Tengok House of Cards, Sebab Tu Dia PM Setahun Saja
16. Masalah Pentaksub Politik
17. Situasi di ‘Laut Melayu’
18. Warlordism dalam Dap
19. “Hari ni Saya Menang …” – Khairy Jamaluddin
20. Dedak Politik
21. Masalah Pas sebagai Pembangkang
22. Islamophobes Ketika PRN Mahkota
23. Gaslighting dan Dog Whistle: Content Media Sosial Orang Cina Berbahasa Melayu
24. Persamaan Politik dan Wrestling
25. Kedudukan Zahid dalam UMNO
26. Drama UMNO Zahid-Dr Akmal dan Kayfabe WWE
27. Masalah Fahmi Fadzil Sebagai Menteri Komunikasi
28. Bacaan Politik: 20 Hari Sebelum Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat
29. Ada Orang yang Kecewa Tentang MADANI?
30. Jalur Gemilang di Tembok Besar China
31. Donald Trump, Manusia Paling Amerika yang Pernah Wujud di Amerika Syarikat
32. Tengku Zafrul dan Skill Politik
33. Tengku Zafrul dalam UMNO
34. Analisis Ucapan Pertama Donald Trump 2.0
35. Perang Dagang: Kanada Ikut Emosi; Mexico, Colombia Susun Strategi
36. 20 Tahun Selepas “American Idiot” — Trumpisme Dan Sindrom Penghujung Empayar
37. Betul ke Donald Trump Boneka Putin?
38. Kejatuhan Elon Musk Bermula?
39. Isu Kuil Tanpa Izin
40. Menteri Pertahanan Amerika yang Dungu
41. Teori Evolusi, Pemilihan Natural dan Manusia Hari Ini
42. Kelemahan Kerajaan MADANI
43. Apa Itu ‘Trade Deficit’?
44. Warkah kepada Donald Trump Isu Tarif
45. Penghinaan JD Vance Terhadap China
46. Trump Turunkan 10% Tarif kepada Semua
47. Dunia Tanpa Superpower di Abad Ke-21?
48. Beijing—”Kalau Nak Kami Turunkan Tarif, Serahkan Taiwan Dulu Kepada Kami!”
49. Kenapa Trump Akan Tewas Dalam Perang Dagang?
50. Nayib Bukele: Subkontraktor untuk Gulag Donald Trump
51. Millenials Ditakdirkan Untuk Selamatkan Dunia
52. Kempen ‘UMDAP’ di PRK Ayer Kuning
53. Rafizi akan di-‘Kambing Hitam’-kan?
54. Sokongan Melayu terhadap PH Bawah 30%

Lampiran

Weight0.235 kg
Dimensions20 × 13 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Sunda: Pemberontakan Gelanggayu

    Sunda: Pemberontakan Gelanggayu

    RM45.00