Puteh Mariah: Srikandi Politik Tidak Didendangkan

MOHAMED JEFFERI MAT LAZIM ialah pensyaraha kanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Penerbit UPSI (Cetakan pertama, 2025)
xi + 242 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

In stock

ISBN: 9786294950610 Product ID: 49255 Subject: Sub-subjects: , , ,
GTIN: 9786294950610
Brand: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Puteh Mariah: Srikandi Politik Tidak Didendangkan mengetengahkan ketokohan Putih Mariah Ibrahim Rashid sebagai seorang ahli politik, menyusuri perjuangan beliau dari aspek politik, pendidikan, sosio ekonomi dan kebajikan orang Melayu. Figura bernama Puteh Mariah merupakan seorang tokoh politik wanita berjuang untuk memberikan kesedaran erti kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar tahun 1964 hingga 1957. Ketokohan, perjuangan dan peranan beliau dalam memberi kesedaran khususnya kepada kaum wanita dan orang Melayu tentang hak sebagai pribumi yang diinjak-injak oleh penjajah. Beliau adalah Ketua Kaum Ibu UMNO yang pertama namun kisahnya kurang diperkatakan oleh para pengkaji dan juga politikus masa kini.

Puteh Mariah dilahirkan pada 20 Disember 1924 di Kuala Kurau, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Inggeris akan tetapi ketika Perang Dunia Kedua meletus, beliau tidak dapat meneruskan pelajaran. Beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang tokoh politik juga iaitu Zainal Abidin bin Abas ketika berusia 16 tahun. Puteh Mariah mula bergiat dalam politik dengan menjadi ahli dalam Perikatan Melayu Perak dan dilantik sebagai wakil perrubuhan tersebut ke Kongres Melayu Pertama yang membawa kepada penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada tahun 1946. Apa yang lebih menarik, beliau dilantik sebagai Pengerusi Pertama Kaum Ibu UMNO Malaya pada tahun 1948. Beliau juga amat aktif dalam bidang kebajikan dan menganggotai pelbagal pertubuhan dan persatuan sama ada sebagai ahli mahupun sebagai ketua dalam dan luar negara.

Prakata

1. Pengenalan
2. Latar Belakang Puteh Mariah
3. Penglibatan Puteh Mariah dalam Bidang Politik
4. Peranan Puteh Mariah sebagai Ahli Politik
5. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.38 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.4 cm
Author(s)

,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • SITC dalam Perjuangan Kemerdekaan: Pencetus Kebangkitan Rakyat

    SITC dalam Perjuangan Kemerdekaan: Pencetus Kebangkitan Rakyat

    RM50.00
  • 15 Tokoh Pejuang Kemerdekaan dari Perak

    15 Tokoh Pejuang Kemerdekaan dari Perak

    RM40.00