Raja Bendahara Long Jenal, 1800-1845: Sejarah dan Perjuangan

NURAIDIL ZAKARIA

Penerbit UMT (Cetakan pertama, 2024)
xii + 97 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM27.00

In stock

ISBN: 9786297625546 Product ID: 49284 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Raja Bendahara Long Jenal, 1800-1845: Sejarah dan Perjuangan merungkaikan perihal tindak tanduk Long Jenal sepanjang 45 tahun penglibatan beliau dalam sejarah Kelantan. Long Jenal (Zainal) merupakan salah seorang putera Almarhum Yang di-Pertuan Long Yunus, pengasas dinasti pemerintahan Kelantan moden. Beliau juga merupakan salah seorang pembesar utama Kelantan ketika era pemerintahan Sultan Muhammad I (1800-1837) dengan gelaran Raja Bendahara Banggol. Jasa beliau tidak dapat dinafikan lagi, malah beliau mempunyai kelayakan untuk menggantikan kedudukan Sultan Muhammad I sebagai Yang di-Pertuan Kelantan. Hal ini menjadi sebutan berikutan Sultan Muhammad I diketahui tidak mempunyai pewaris. Kedudukan Long Jenal dan pewarisnya sebagai Yang di-Pertuan Kelantan tergugat berikutan kegagalan misi Long Jenal dan anak-anaknya dalam kebangkitan orang-orang Melayu ke atas Siam.

Kajian ini mengupas sumbangan dan jasa Long Jenal daripada penyingkiran pengaruh Terengganu di Kelantan, beliau turut terlibat dalam usaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam malah menentang Siam kemudiannya. Seterusnya naskhah ini juga mencerakinkan pengaruh Long Jenal dalam tindakan menentang Sultan Muhammad II (1839-1886) pada peringkat awal pemerintahannya. Tema utama naskhah ini menumpukan sekitar peperangan yang melibatkan Kelantan dari tahun 1800 hingga tempoh kemangkatan Long Jenal pada tahun 1845. Awalnya beliau seorang yang kuat menentang, namun selepas beberapa siri pertempuran dan pengepungan, semangat Long Jenal semakin kendur hingga beliau memilih kehidupan yang aman pada penghujung hayatnya.

Prakata

1. Pengenalan
2. Menyingkirkan Pengaruh Terengganu, 1800
3. Kebangkitan Menentang Siam, 1832
4. Merebut Takhta Kerajaan, 1838
5. Berkelana ke Bangnara
6. Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.179 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 0.6 cm
Author(s)

Class

Book

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2024

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In