Republik Marga Satwa merupakan sebuah terjemahan daripada Animal Farm karya George Orwell, sebuah novel satira yang menceritakan tentang pemberontakan binatang di Ladang Manor; bermula dengan bersatunya mereka untuk menyingkirkan keluarga Manor dari ladang itu, kepada penindasan oleh para babi yang mereka angkat sebagai pemimpin. Seperti sosialis dan komunis yang konon berjuang demi rakyat, menjanjikan bulan, bintang dan syurga kepada semua, sekata dan setara tiada memilih bulu, demikianlah janji segunung gandum dan padang hijau penuh bahagia buat para penghuni Ladang Binatang. Janji dan undang-undang diubah-ubah sesedap rasa penguasa (dalam satira ini, mereka adalah babi). Setelah menghalau manusia menjadi tuan mereka, haiwan di Ladang Manor mengharapkan kehidupan yang bebas dan makmur. Namun, mereka terjebak dalam rupa kehidupan lama apabila golongan elit tidak berhati perut dalam kalangan mereka sendiri memegang tampuk kuasa. Kisah pengkhianatan idealisme menerusi kekejaman dan korupsi yang dikarang oleh Orwell masih segar dan relevan pada hari ini meskipun telah lama diterbitkan buat pertama kalinya semenjak tahun 1945. Bakal tergapaikah syurga?
Republik Marga Satwa
GEORGE ORWELL (1903-1950) adalah seorang penulis Inggeris yang banyak meneroka tema-tema kritik sosial dan penentangan terhadap totalianisme.
Terjemahan daripada judul asal Animal Farm oleh oleh AL-MUSTAQEEM M. RADHI
IBDE (Cetakan Pertama, 2023)
136 halaman
RM40.00
In stock
| Weight | 0.15 kg |
|---|---|
| Dimensions | 19.5 × 12.8 × 1 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2023 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In















Reviews
There are no reviews yet