Salju Sakinah menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya. Pada saat bergelut dengan peperiksaan akhir, tautan kasih yang dijalinkan oleh Sumayyah tidak kesampaian. Lelaki yang memateri janji selama tujuh tahun akhirnya mengahwini perempuan lain, tanpa sebarang ruang dan penjelasan. Ujiannya tidak terhenti di situ. Ketika Sumayyah mencari kekuatan untuk bangkit daripada kekecewaan, ayahnya pergi buat selamanya. Meskipun menuntut ilmu dalam bidang pengajian Islam, Sumayyah terpaksa menggalas amanah keluarga untuk mengurus kilang kerepek warisan ayahnya. Di tengah kehilangan, tanggungjawab dan pergelutan perasaan, Sumayyah mencari sakinah. Dia tahu, hidup bukan sekadar menanggung luka, tetapi tentang memperjuangkan makna. Berjayakah Sumayyah mengatasi segala dugaan, hingga mengecap ketenangan bak salju di akhir perjalanan?
Salju Sakinah
ZAID AKHTAR kini berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.
JT Publishing House (Edisi baru, 2025)
374 halaman
RM39.00
In stock
| Weight | 0.377 kg |
|---|---|
| Dimensions | 20 × 13 × 2.8 cm |
| Author(s) | |
| Edition | Reprint |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2008, 2025 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In













Reviews
There are no reviews yet