Sinkretisme: Menelusuri Adat Tradisi Bajau di Sabah Menurut Hukum Islam

Penulisan bersama SYAMSUL AZIZUL MARINSAH, MOHD ANUAR RAMLI dan AHMAD ZAHIRUDDIN MOHD ZABIDI

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2025)
xii + 218 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM58.00

Only 1 left in stock

Sinkretisme: Menelusuri Adat Tradisi Bajau di Sabah Menurut Hukum Islam merupakan karya yang cuba meneliti fenomena sinkretisme dalam adat tradisi masyarakat Bajau di Sabah menurut perspektif Islam. Sinkretisme merupakan isu yang menjadi perbahasan yang penting dalam ilmu antropologi. la menjadi polemik yang hangat dalam kalangan sarjana khususnya sarjana barat kerana istilah ini sering diinterpretasikan dengan konotasi negatif dalam ilmu kebudayaan. Dalam konteks masyarakat Bajau di Sabah, ajaran Islam tetap dijadikan sebagai tunjang asas dan panduan hidup (way of life), namun dalam penyelenggaraan sesuatu adat, terdapat unsur-unsur pra-lslam yang dipercayai mempengaruhi kehidupan orang Bajau.

Oleh itu, buku ini cuba merungkai sosiobudaya masyarakat Bajau di Sabah khususnya yang berkait rapat dengan unsur sinkretisme menurut perspektif Islam agar dapat memberikan garis pemisah yang jelas antara ajaran Islam dan adat tradisi pra-Islam yang bercanggah dengan syarak. Analisis ini merangkumi aspek kepercayaan tradisi, adat kehamilan-kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Buku ini juga cuba memberikan wawasan kritis dalam menganalisis dinamika interaksi antara budaya masyarakat Bajau dengan hukum Islam agar pemodifikasian terhadap beberapa hukum figh semasa dapat diharmonisasikan. Justeru, orientasi buku ini dari kepelbagaian aspek perbincangan mampu mengukuhkan kesesuaiannya sebagai bahan rujukan utama para sarjana hukum Islam, pelajar, pengkaji sosiobudaya dan semua lapisan masyarakat yang berminat untuk mendalami korpus ilmu fiqh berorientasikan etnik dan budaya setempat.

Prakata

1. Pengenalan Masyarakat Bajau di Sabah
2. Fenomena Sinkretisme dalam Uruf Masyarakat Bajau di Sabah
3. Instrumen Uruf dan Adat Masyarakat Bajau sebagai Asas Pembentukan Hukum Islam
4. Analisis Hukum Adat yang Berkaitan dengan Kepercayaan Tradisi
5. Analisis Hukum Adat Kehamilan-Kelahiran
6. Analisis Hukum Adat Perkahwinan
7. Analisis Hukum Adat Kematian
8. Garis Panduan Syarak dalam Berinteraksi dengan Fenomena Sinkretisme
9. Penutup

Rujukan
Indeks

Weight0.354 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1.3 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Ulama Alam Melayu: Perjuangan, Pemikiran dan Sumbangan

    Ulama Alam Melayu: Perjuangan, Pemikiran dan Sumbangan

    RM54.00
  • Legasi dan Sumbangan al-Qaradawi dalam Fiqh

    Legasi dan Sumbangan al-Qaradawi dalam Fiqh

    RM40.00
  • Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu

    Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu

    RM60.00
  • Menulis Tentang Penulisan

    Menulis Tentang Penulisan

    RM35.00