Sulalatus Salatin: Mahakarya Melayu Sarwajagat menghimpunkan 21 buah kertas kajian Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin yang berlangsung pada 29-30 Oktober 2013 di Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, DBP dan enam Siri Wacana Sulalatus Salatin yang diadakan di beberapa buah universiti dan organisasi tempatan. Siri Pertama Wacana Sulalatus Salatin telah diadakan pada 16 Jun 2014 di Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, DBP, diikuti Siri Kedua di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 29 September 2014, Siri Ketiga di Kolej Universiti Islam Melaka, Melaka pada 9 Oktober 2014, Siri Keempat di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan pada 4 Disember 2014, Siri Kelima di Universiti Sains Malaysia pada 5 Oktober 2015 dan Siri Keenam di Perpustakaan Negara Malaysia pada 27 Oktober 2015. Penganjuran seminar dan wacana ini memberikan satu natijah yang luar biasa terhadap pemartabatan naskhah Sulalatus Salatin sebagai karya agung Melayu kepada masyarakat umum. Kajian ini juga merupakan satu terjemahan jalinan kerjasama yang padu lagi membanggakan antara DBP dengan sarjana-sarjana tempatan yang berwibawa yang mampu mengangkat dan memartabatkan naskhah Melayu tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Sulalatus Salatin: Mahakarya Melayu Sarwajagat
Disunting oleh JELANI HARUN
Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan pertama, 2023)
582 halaman termasuk Indeks
RM68.00
Out of stock
Prakata
Pendahuluan
Sulalatus Salatin: Naskhah Unggul Sepanjang Zaman
1. Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu): Yang Tak Lapuk Dek Hujan dan yang Tak Lekang Dek Panas
– Muhammad Yusoff Hashim
2. Sulalatus Salatin: Karya Agung Melayu di Institusi-institusi Simpanan Dunia
– Effah Imtiaz Zainol
3. Sulalatus Salatin: Satu Bacaan Hermeneutika Dekonstruktif
– Md. Salleh Yaapar
4. Menangguk Hikmah di Samudera Sulalat-us-Salatin: Antara Ceritera dan Cita-cita
– Abdul Rahman Haji Ismail
5. Sulalat al-Salatin sebagai Buku Tradisi: Wibawa dan Kemungkinan
– Noriah Taslim
Sulalatus Salatin: Kearifan Seorang Melayu
6. Sulalatus Salatin – Sejarah Melayu: Kearifan Melayu Sejagat Sepanjang Zaman
– Abdullah Zakaria Ghazali
7. Raut Halus Genius Sulalat al-Salatin
– Muhammad Haji Salleh
Sulalatus Salatin: Dukungan Kekuatan yang Seimbang Naskhah Agung Melayu
8. Sulalatus Salatin: Testamen Keperkasaan Nasionalisme Melayu
– Harun Mat Piah
9. Hubungan Diplomatik pada Zaman Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dalam Sulalatus Salatin
– Salmah Jan Noor Muhammad
10. Adat Istiadat dalam Sulalat al-Salatin
– Zainal Abidin Borhan
11. Kebudayaan Islam dalam Sulalatus al-Salatin
– Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi
12. Sumptuary Laws dan Pembentukan Sejarah Melayu
– Awang Azman Awang Pawi
13. Menemukan Etnosentris dan Wibawa Melayu dalam Sulalatus Salatin
– Zubir Idris
14. Peperangan dalam Sulalatus Salatin
– Mardiana Nordin
Sulalatus Salatin: Bahasa Nan Indah
15. Deskripsi Historiografi yang Indah dalam Sulalatus Salatin
– Arbak Othman
16. Seni Berbahasa dalam Sulalatus Salatin
– Arba’ie Sujud dan Mohd Yusoff Shamsuddin
17. Geolinguistik dan Migrasi: Gambaran dalam Sejarah Melayu
– Asmah Haji Omar
Sulalatus Salatin: Kegemilangan Masa Silam Pewaris Masa Depan
18. Sulalatus Salatin dan Karisma Tun Perak dalam Amalan Undang-undang Masyarakat Pelbagai Etnik Nusantara
– Jelani Harun
19. Pengaruh Sejarah Melayu dalam Kesultanan Negeri Perak: Suatu Penelitian Sumber dan Fasa Baharu Magna Carta Melayu
– Jelani Harun
20. Warisan Sejarah Melayu terhadap Institusi Kesultanan di Rumpun Melayu
– Abdul Latiff Abu Bakar
21. Membina Edisi Kritikan Sulalatus Salatin: Persoalan Konsep dan Pendekatan
– Harun Mat Piah
Indeks
| Weight | 0.69 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14.00 × 2.70 × 21.50 cm |
| Author(s) | Abdul Latiff Abu Bakar, Abdul Rahman Haji Ismail, Abdullah Zakaria Ghazali, Arba'ie Sujud, Arbak Othman, Asmah Haji Omar, Awang Azman Awang Pawi, Effah Imtiaz Zainol, Harun Mat Piah, Jelani Harun, Mardiana Nordin, Md. Salleh Yaapar, Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi, Mohd Yusoff Shamsuddin, Muhammad Haji Salleh, Muhammad Yusoff Hashim, Noriah Taslim, Salmah Jan Noor Muhammad, Zainal Abidin Borhan, Zubir Idris |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2023 |














Reviews
There are no reviews yet