Surah-surah Terlarang: Persoalan Nasional

HISHAMUDDIN RAIS (b. 1951) merupakan seorang aktivis politik dan sosial yang aktif berkarya menerusi filem, teater dan penulisan buku. Beliau juga pernah beberapa kali meringkuk dalam penjara semenjak zaman mahasiswa di Universiti Malaya tahun-tahun 1970-an sehinggalah ke era Reformasi 1998.

Soeloeh Merdeka (Cetakan kedua, 2025)
190 halaman

RM32.00

In stock

Hishamuddin Rais dalam Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional mungkin kelihatan seperti kasar dan tidak lunak dari sudut gaya bahasanya yang tajam menusuk serta tidak sensitif apabila menggunakan beberapa perkataan yang terlarang dalam penulisan buku beliau ini. Akan tetapi beliau jujur dan berterus-terang menyatakan buah fikiran serta perasaannya tanpa berselindung. Seperti kata beliau dalam buku ini persoalan nasional perlu dihadapi seperti seorang matador yang memegang tanduk sang seladang jantan secara berhadapan. Persoalan nasional dalam sebuah negara yang rencam bangsa, budaya, agama dan bahasa rumit untuk diselesaikan. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi, tolak-ansur yang besar, jiwa yang lapang serta fikiran yang jernih dan tenang untuk merungkaikannya.

Barangkali mungkin ini yang diperlukan untuk memulakan wacana persoalan nasional, suatu persoalan yang sudah lama kita tinggalkan. Kali terakhir perbahasan tentang persoalan nasional diangkat sebagai wacana besar di peringkat kebangsaan ialah di dalam Debat Kebudayaan antara Syed Naguib al-Attas dan Lim Kit Siang pada November 1968. Malangnya kurang daripada enam bulan selepas itu terjadi rusuhan antara kaum 13 Mei 1969. Sejak daripada itu wacana persoalan nasional diketepikan dari perbincangan arus perdana. Ideologi pembangunanisme atau dalam bahasa Inggerisnya developmentalism menjadi wacana dominan negara. Usaha-usaha untuk meramaikan lagi usahawan dan kelas menengah bumiputera khususnya, menjadi tumpuan utama. Persoalan nasional ditinggalkan dan hanya sekali-sekala sahaja ianya dibangkitkan oleh kelompok-kelompok kecil khususnya dari kaum budayawan dan sasterawan.

Namun di sebalik cantik dan cela pembangunan yang kita sama-sama nikmati di tanah air kita ini, persoalan nasional tetap tak terselesaikan. Malahan manifestasi kepada persoalan nasional yang tak selesai ini dapat kita lihat melalui penggemblengan massa yang semakin gencar dilakukan baik oleh parti-parti politik mahupun organisasi-organisasi masyarakat sivil yang masih terus-menerus menggunakan sentimen etnik dan agama untuk meraih sokongan serta dukungan politik. Justeru dengan wujudnya ruang demokrasi yang lebih luas sekarang berbanding sebelumnya, kami merasakan perlu untuk diterbitkan dan disunting penulisan Hishamuddin Rais tentang persoalan nasional dengan lebih kemas dan tersusun, agar ianya dapat dijadikan bukan sahaja dokumen perjalanan sejarah pemikiran bangsa kita tetapi juga sebagai wahana untuk membuka kembali perbincangan mengenai persoalan nasional yang telah lama kita pinggirkan.

Prakata

1. Mukadimah
2. Manifestasi Kegagalan
3. Kehadiran Yang Lain
4. Quo Vadis Tanah Melayu?
5. Pertembungan Pertama
6. Suatu Sejarah Tragedi
7. Trauma Pemisahan
8. Aparatus Kekuasaan
9. Dari Runtuhan Peradaban
10. Dikepung dan Terkepung
11. Menundukkan Seladang
12. Mengangkat Budaya Pentakrif
13. Yang Lain Menguasai Ekonomi
14. Kehendak Untuk Berubah
15. Menemukan Keperibadian Nasional

Selepas kejatuhan
– Mengulang Tanya Persoalan Nasional
– 13 Mei—Tanda dan Makna
– Perihal Identiti dan Melayu
– Siapa Melayu?

Bibliografi

Weight0.30 kg
Dimensions21.59 × 13.97 × 1.30 cm
Author(s)

Edition

Reprint

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2019

5.0
Based on 12 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
1-5 of 12 reviews
  1. (0) (0)
  2. (0) (0)
  3. (0) (0)
  4. (0) (0)
  5. (0) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Malapetaka Iklim: Memahami Fenomena Pemanasan Dunia

    Malapetaka Iklim: Memahami Fenomena Pemanasan Dunia

    RM50.00
  • Merakam Sejarah: Turun Jalan Raya Menang Pilihan Raya

    Merakam Sejarah: Turun Jalan Raya Menang Pilihan Raya

    RM38.00