Tembok Tidak Tinggi karya A. Samad Ismail boleh dianggap sebagai sekuel kepada Patah Sayap Terbang Jua (1966), yang berlatarkan sepenuhnya dalam satu penjara. Tentera British telah kembali ke Singapura setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dan Wahab kini berada dalam penjara. Tuduhannya? Ada kaitan dengan kerjanya pada zaman Jepun. Rutin harian di Penjara Outram, Singapura diceritakan dengan teliti oleh A. Samad Ismail yang bukan sahaja seorang wartawan tersohor tapi pernah menjadi tahanan di penjara sama. Hal seperti makanan berlendir, angkat najis, mandi bogel, pergaduhan fizikal malahan gangguan mental dan seksual menjadikan karya ini realistik tanpa unsur sentimental. Dalam bangunan yang kekadang riuh kerana menempatkan pelbagai jenis banduan dengan latar berbeza, Wahab menghitung hari sebelum dapat melihat dunia di sebalik tembok.
Tembok Tidak Tinggi
A. SAMAD ISMAIL (1924-2008) adalah tokoh wartawan negara, yang terlibat aktif dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia.
FIXI Retro (Cetakan semula, 2024)
264 halaman
RM28.00
In stock
| Weight | 0.225 kg |
|---|---|
| Dimensions | 18.5 × 12 × 1.9 cm |
| Author(s) | |
| Edition | Reprint |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 1967, 2024 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In













Reviews
There are no reviews yet