Tujuh Ilmu Pilihan dalam Bahasa Melayu yang Mendahului Bahasa Inggeris, Jilid II

Penulisan bersama SHAHARIR MOHAMAD ZAIN dan MAISARAH HASBULLAH

DBP (Cetakan pertama, 2023)
xxii + 419 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

In stock

Members pay RM49.00. Join Free »
Purchase this item and earn 50 Reward Points.

Tujuh Ilmu Pilihan dalam Bahasa Melayu yang Mendahului Bahasa Inggeris, Jilid II ditujukan kepada semua yang berminat tentang pencapaian ilmu sains dalam bahasa Melayu. Kehebatan ilmu dalam bahasa Melayu sebelum tahun 1900 dalam tiga bidang yang kini dikenali sebagai astronomi dan kosmologi, perubatan, dan kepemimpinan dan kepengurusan dibicarakan dalam buku ini dalam aspek terkehadapannya berbanding dengan ilmu yang ada di Eropah, khususnya dalam bahasa Inggeris. Semuanya berasaskan prasasti (batu bersurat) berhuruf Palawa dan manuskrip dalam tulisan Rencong-Palawa dan Jawi serta dalam karya pelbagai bahasa Eropah yang menyanjung tinggi taraf ilmu berkenaan. Dalam bidang astronomi dan kosmologi yang dahulunya dikenali sebagai horasastera dan ilmu falak dan haiah, Lal yang paling menonjol terkehadapannya ialah penemuan bintang dan model alam semesta mendahului Eropah hingga abad ke-18 Masihi; manakala bidang perubatan yang dahulunya dikenali sebagai sikitsawidya dan tib masyhur di seluruh dunia termasuklah China, Hindia, Timur Tengah dan Eropah hingga abad ke-19 Masihi. Bidang kepemimpinan dan kepengurusan yang dahulunya dikenali sebagai dharmasastera dan khalifah, amir, wali atau rais mendahului Eropah kerana adanya karya agung pada prasasti abad ke-11 Masihi tentang cakravantin (pemimpin dunia), dan manuskrip Taj al-Salatdin (1603 Masihi) tentang sifat dan gaya pemimpin dan pengurus yang unggul. Ketiga-tiga bidang ilmu ini masih ada unsur-unsur yang amat berameng (relevan) hingga kini.

Prakata

1. Astronomi, Kosmologi, Kosmogoni dan Kosmogenesis dalam Bahasa Melayu yang Mendahului Bahasa Inggeris hingga Abad ke-17 Masihi

2. Perubatan dalam Bahasa Melayu yang Mendahului Bahasa Inggeris hingga Akhir Abad ke-19 Masihi

3. Kepemimpinan dan Kepengurusan dalam Bahasa Melayu yang Mendahului Bahasa Inggeris Abad ke-17 Masihi

Bibliografi
Indeks

Weight0.50 kg
Dimensions21.50 × 14.00 × 2.10 cm
Author(s)

,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Daftar Manuskrip Malayu-Jawi Ber‘anasir Sains dan Matematik: Pada Pertengahan Abad ke-15 Hingga Awal Abad ke-20 (Siri 1)

    Daftar Manuskrip Malayu-Jawi Ber‘anasir Sains dan Matematik: Pada Pertengahan Abad ke-15 Hingga Awal Abad ke-20 (Siri 1)

    RM45.00
  • Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad ke-5 Masihi

    Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad ke-5 Masihi

    RM85.00
  • Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu

    Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu

    RM79.00
  • Sains Sebagai Institusi Sosial

    Sains sebagai Institusi Sosial

    RM30.00