Out of stock

Undang-undang Pekerjaan di Malaysia

SITI ZAHARAH JAMALUDDIN merupakan mantan pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya antara tahun 1993-2018.

Penerbit Universiti Malaya (Cetakan pertama, 2025)
xliii + 320 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM66.00

Out of stock

ISBN: 9789674884024 Product ID: 49075 Subject: Sub-subjects: , , ,

Undang-undang Pekerjaan di Malaysia membincangkan undang-undang pekerjaan di Malaysia yang merupakan satu daripada Undang-undang Buruh yang mentadbir perhubungan majikan dan pekerja. Fokus undang-undang pekerjaan ialah kepada perhubungan majikan dengan pekerjanya. Penulisan buku ini terbahagi kepada empat bahagian utama. Bahagian I membawa tema Kontrak Pekerjaan, Terma dan Syarat dan Penguatkuasaan di bawah Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak dan Commonlaw, membincangkan topik-topik seperti kontrak pekerjaan, sumber terma dan terma tersirat, terma nyata, gangguan seksual di tempat kerja, penguatkuasaan dan hukuman serta peruntukan berkaitan dengan pekerja kanak-kanak dan orang muda.

Bahagian II memberi fokus kepada penamatan, pemecatan dan remedi. Bahagian ini membincangkan jenis-jenis penamatan, faedah-faedah yang berhak diterima oleh pekerja serta remedi-remedi yang tersedia kepada pekerja yang kehilangan pekerjaannya. Bahagian III pula membincangkan sistem bekerja yang selamat dan perlindungan daripada kecederaan pekerjaan di bawah kontrak pekerjaan. Perbincangan tertumpu kepada kedudukan di bawah Commonlaw dan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Sementara Bahagian IV merupakan bahagian yang membincangkan tentang sistem keselamatan sosial pekerja, merangkumi perbincangan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 1991.

Prakata
Pengenalan

BAHAGIAN I – Kontrak Pekerjaan, Terma, Syarat dan Penguatkuasaan Mengikut Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak dan Commonlaw

1. Kontrak Pekerjaan
2. Sumber Terma dan Terma Tersirat Kontrak Pekerjaan
3. Terma Nyata Kontrak Pekerjaan
4. Gangguan Seksual di Tempat Kerja
5. Pemguatkuasaan dan Kesalahan
6. Pekerja Kanak-kanak dan Orang Muda

BAHAGIAN II – Penamatan, Pemecatan dan Remedi

7. Penamatan dan Pemecatan
8. Faedah Rentikerja Sentara dan Pemberhentian Kerja
9. Remedi-remedi

BAHAGIAN III – Sistem Bekerja yang Selamat dan Perlindungan Kecederaan Pekerjaan di Bawah Kontrak

10. Sistem Bekerja yang Selamat dan Perlindungan Kecederaan Pekerjaan di Bawah Kontrak
11. Sistem Bekerja yang Selamat di bawah Undang-undang Bertulis di Malaysia

BAHAGIAN IV – Keselamatan Sosial Pekerja

12. Keselamatan Sosial Pekerja
13. Perlindungan Terhadap Kecederaan Semasa Bekerja
14. Simpanan Wang untuk Persaraan

Rujukan
Indeks

Weight0.54 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025