Ustaz karya S. Othman Kelantan, mengisahkan tentang pergulatan nafsu dan amanah beragama seorang ustaz yang mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar. Dia berazam agar nafsu natiqahnya akan menunggangi nafsu nasamah. Dia mesti jujur. Dia mesti lurus. Dia mesti benar dalam kata-kata, dalam niat, dan dalam perbuatan. Demikian kejap keazaman yang tertanam di sanubarinya. Namun dia adalah manusia tulen. Berdarah, berdaging bergelumang dengan perasaan dan juga nafsu. Apabila dia berdepan dengan Siti Nuriza, anak Datuk Jalal Akhbar, gadis sunti jelmaan kijang emas yang lincah, dia terkepung serta terjerat dalam perasaan cinta dan nafsu yang seolah-olah tidak memberikannya jalan keluar.
Ustaz
S. OTHMAN KELANTAN (b. 1938 – d. 2008) adalah penerima S.E.A Write Award pada tahun 1990 dan penerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 2003.
Nusa Centre (Cetakan Kedua, 2021)
355 halaman
RM45.00
Only 1 left in stock
| Weight | 0.348 kg |
|---|---|
| Dimensions | 18.5 × 12 × 2.2 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 1991 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In













Reviews
There are no reviews yet