Wayang Kulit Kelantan: Evolusi Reka Bentuk Gambalan Seri Rama, Rawana dan Siti Dewi merupakan sebuah buku yang diterjemahkan daripada hasil penyelidikan dan pengalaman penulis sebagai pengamal dari generasi keempat dalang Mamat Semail. Gambalan Wayang Kulit Kelantan dihasilkan berdasarkan latar belakang setiap watak dengan menampilkan imej wajib dalam rekaan gambalan. Walau bagaimanapun rekabentuk dan reka corak gambalan mempunyai perubahan dari masa ke masa dan buku ini menghuraikan perkembangan reka bentuk gambalan yang dapat dilihat melalui tiga koleksi dari fasa yang berbeza. Penulis menghuraikan secara spesifik tentang evolusi atau perkembangan yang berlaku ke atas reka bentuk gambalan (boneka) Wayang Kulit Kelantan. Setiap watak mempunyai arketip masing-masing dan ini digambarkan melalui reka bentuk gambalan. Buku ini memuatkan arketip tiga watak utama dan masih terdapat ruang untuk membincangkan lebih daripada 100 watak pada masa akan datang. Selain itu, huraian tentang reka bentuk dan reka corak yang digunakan untuk menzahirkan latar belakang setiap watak melalui gambalan turut dihuraikan. Informasi tentang Wayang Kulit Kelantan disampaikan melalui oral secara turun menurun. Hal ini menyebabkan informasi tidak dapat disebarkan secara meluas.
Wayang Kulit Kelantan: Evolusi Reka Bentuk Gambalan Seri Rama, Rawana dan Siti Dewi
FARA DAYANA MOHD JUFRY ialah pensyarah kanan di Jabatan Drama dan Teater, Universiti Sains Malaysia.
Penerbit UPSI (Cetakan pertama, 2023)
xiii + 121 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
RM60.00
Out of stock
Prakata
1. Pengenalan
2. Arketip Perwatakan dan Reka Bentuk Gambalan Wayang Kulit Kelantan
3. Arketip Reka Bentuk Gambalan dari Aspek Sosiologi, Spiritual dan Psikologi
4. Kesimpulan
Bibliografi
Indeks
| Weight | 0.444 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.8 × 20.2 × 0.8 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2023 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In










Reviews
There are no reviews yet