100 Akhbar Melayu

HAMEDI MOHD ADNAN adalah Profesor Madya di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

ITBM & PENA (Cetakan Pertama, 2016)
273 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

100 Akhbar Melayu merakamkan 100 buah akhbar yang telah, sedang, dan akan memainkan peranan penting dalam kelangsungan masyarakat Melayu. Sejak munculnya Jawi Peranakkan pada tahun 1876 hinggalah munculnya Sinar Harian pada tahun 2006, hampir 300 buah akhbar telah diterbitkan dalam bahasa Melayu, sama ada yang menggunakan tulisan Jawi atau tulisan Rumi. Akhbar ini diterbitkan dari pelbagai lokasi di tanah air, termasuklah di Singapura yang menjadi pusat dunia penerbitan Melayu pada tempoh sebelum merdeka dahulu. 100 buah akhbar yang dipilih dalam buku ini telah mencatatkan sejarah tersendiri yang penting dampaknya terhadap perkembangan masyarakat Melayu. Sebahagiannya hanya dapat diterbitkan seketika, tetapi memiliki makna yang khas dan signifikan terhadap zaman-zaman tertentu dalam sejarah persuratkabaran Melayu.

Dengan menggunakan konsep akhbar yang agak longgar, khususnya dengan mengambil kira saiz dan kertas yang digunakan di samping ciri-ciri yang dinyatakan oleh Emery, akhbar Melayu bukan sekadar menyiarkan berita-berita semasa yang bersifat umum, malahan dalam fasa tertentu, telah digunakan untuk melayani keperluan khusus khalayak pembacanya. Justeru, terdapat juga akhbar yang mengkhusus kepada pendidikan, hiburan, agama, suara persatuan atau organisasi, dan malahan politik. Tidak ada akhbar yang bersifat nasional sehinggalah selepas merdeka, apabila Utusan Melayu yang dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur mula mengukuhkan kedudukannya sebagai akhbar yang bukan sahaja diedarkan ke seluruh negara, malahan kandungannya meliputi kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di tanah air keseluruhannya.

Pada waktu yang hampir sama, akhbar Berita Harian yang diterbitkan oleh The Straits Times Ltd. (kemudian New Straits Times Press) juga meletakkan diri sebagai akhbar nasional, sebelum diikuti oleh Utusan Malaysia pada dekad 1960-an. Dunia persuratkhabaran Melayu telah mendapat perhatian daripada para sarjana, khususnya yang membincangkannya pada era sebelum merdeka. Secara umumnya, literatur bidang ini dapat dikategorikan kepada tiga bidang, iaitu: (i) yang mengkhusus kepada sejarah dan perkembangan akhbar, (ii) yang mengkhusus kepada hubungan pemerintah dengan akhbar; dan (iii) yang mengkhusus kepada peranan individu atau penggerak akhbar.

Dalam kategori yang pertama, antara sarjana yang menekuni bidang ini ialah E. W. Birch, Muhamad Muda, Ahmat Adam, William R. Roff, dan Nik Ahmad Haji Nik Hassan. Sarjana yang terawal menyentuh persuratkhabaran Melayu ialah Birch yang menyelidiki penerbitan akhbar di Negeri-Negeri Selat. Lama kemudian barulah sarjana lain meneruskan usaha ini. Nik Ahmad dan Roff mengkhusus kepada akhbar sebelum Perang Dunia Kedua, sementara Ahmat Adam membincangkan perkembangan akhbar sepanjang abad ke-19. Selain itu, Muhamad Muda yang merupakan pengkaji paling awal dunia persuratkabaran Melayu telah menyenaraikan akhbar dan majalah Melayu yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua yang kemudiannya diperbaiki oleh Roff.

Iskandar pula membuat penyenaraian yang sama dengan menambahkan penerbitan berkala Melayu sehingga tahun 1968. Lim Pui Huen juga membuat direktori yang memaparkan lokasi akhbar Melayu yang tersimpan di seluruh dunia. Pada tahun 2003, penulis Hamedi telah menyenaraikan 276 buah majalah yang diterbitkan sebelum merdeka, dan yang terbaharu penulis telah menyenaraikan 285 buah akhbar yang diterbitkan sejak Jawi Peranakkan pada tahun 1876 sehingga 1 Januari 2000.

Kategori kedua literatur dalam bidang ini adalah pada peranan pemerintah terhadap sistem akhbar di negara ini. Mohd. Safar mengkaji kedudukan regulasi akhbar sejak akhbar yang pertama Prine dg Wales Island Gazetfe diterbitkan pada tahun 1805. Beliau membincangkan pelbagai peruntukan undang-undang yang secara langsung memberikan kesan terhadap akhbar, khususnya pada zaman penjajahan. Jeniri pula mengkaji sistem akhbar pada zaman pemerintahan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri—zaman yang sering dilihat sebagai memiliki signifikan tersendiri terhadap sistem akhbar di negara ini.

Kategori terakhir literatur dalam bidang ini ialah kajian-kajian terhadap individu atau institusi atau akhbar tertentu yang berkisar pada sumbangan atau peranan masing-masing terhadap kelangsungan dunia persuratkhabaran, Antaranya termasuklah kajian tokoh persuratkhabaran seperti Abdul Rahim Kajai, A. Samad Ismail, dan Harun Aminurrashid. Selain itu, pelbagai kajian ringkas turut dilakukan khususnya untuk latihan ilmiah, antaranya termasuklah terhadap Utusan Melayu, Berita Harian, Suara Benar, Persahabatan, Majlis, Warta Malaya, dan Lembaga Melayu. Termasuk dalam kategori ini ialah kajian tentang kecenderungan dan pelaporan akhbar.

Daripada pelbagai literatur yang ada itu, dapat dikesan bahawa masih terdapat lompong yang sewajarnya diisi oleh para penyelidik dalam bidang ini. Antaranya termasuklah kajian terhadap dunia persuratkhabaran Melayu yang bersifat kontemporari yang masih lagi kurang. Kebanyakan kajian tertumpu pada disiplin sejarah, maka kedudukan surat khabar Melayu dalam konteks semasa hampir tidak ada. Selain itu, kajian yang berkait dengan periklanan dan sirkulasi akhbar juga hampir tidak ada. Kebanyakan kajian memberikan tumpuan terhadap aspek editorial, khususnya sumbangan penggerak akhbar, wartawan, atau editor, sedangkan dua tiang lagi dalam dunia persuratkhabaran—periklanan dan sirkulasi—diabaikan.

100 Akhbar Melayu masih akan membincangkan sejarah dan perkembangan akhbar Melayu sejak akhbar yang pertama—Jawi Peranakkan pada tahun 1878 hinggalah akhbar yang paling baharu diterbitkan pada masa ini—Sinar Harian—yang diterbitkan pada tahun 2006. Tumpuan akan diberikan pada kecenderungan yang berlaku dan juga profil akhbar pada fasa tertentu. Dalam membincangkan perkembangan tersebut, direktori yang dihasilkan oleh Muhammad Muda, Roff, A. M. Iskandar, dan Lim Pui Huen telah digunakan dan pelbagai perbaikan dari segi fakta dan bilangan telah dilakukan oleh penulis.

PRAKATA

BAB 1 PENGENALAN
Pendahuluan
Akhbar Melayu Abad ke-19
Akhbar Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1941)
Kemunculan Utusan Melayu
Akhbar Melayu Sebelum Merdeka (1941-1957)
Akhbar Melayu Selepas Merdeka (1958-1999)
Kemunculan Akhbar Tabloid
Akhbar Melayu Abad ke-21

BAB 2 AKHBAR MELAYU ABAD KE-19
Pendahuluan
Jawi Peranakkan (1876-1895)
Sekola Melayu (1888-1890)
Bintang Timor (1894-1895)
Tanjung Penegri (1894-1895)
Jajahan Melayu (1896-1897)
Warta Kerajaan Perak (1897-1910)
Warta Melayu (1898-1900)

BAB 3 AKHBAR MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA (1900-1941)
Pendahuluan
Chahya Padan Pinang (1900-1908)
Taman Pengetahuan (1904-1905)
Utosan Melayu (1907—1921)
Neracha (1911-1915)
Lembaga Melayu (1914-1931)
Idaran Zaman (1925-1930)
Panji-panji Melayu (1925-1929)
Chahaya Malaya (1927-1928)
Saudara (1928-1941)
Lidah Benar (1929-1935)
Warta Malaya (1930-1942)
Fajar Sarawak (1930-1930)
Dewasa (1931-1932)
Kanak-kanak (1931-1932)
Majlis (1931-1955)
Bahtra (1932-1932)
Perkhabaran Dunia (1932-1932)
Suara Benar (1932-1933)
Dunia Sekarang (1934-1935)
Lembaga Malaya (1934-1941)
Warta Ahad (1935-1941)
Lembaga (1934-1941)
Melayu Muda (1936-1936)
Warta Jnaka (1936-1941)
Warta Perak (1937-1937)
Warta Kinta (1937-1941)
Sahabat (1939-1941)
Utusan Melayu (1939- )
Utusan Zaman (1930- )

BAB 4 AKHBAR MELAYU SEBELUM MERDEKA (1941-1957)
Pendahuluan
Pancharan Matahari (1942-1942)
Berita Malai (1943-1945)
Berita Perak (1942-1945)
Warta Negara (1945-1969)
Suara Ra’ayat (1945-1946)
Seruan Ra’ayat (1945-1946)
Pelita Malaya (1946-1946)
Chermin Malaya (1946-1948)
Economik Melayu (1947-1948)
Suloh Kemajuan (1947-1948)
Berita Ahad (1948-1949)
Utusan Sarawak (1949-1971)
Panduan Ra’ayat (1949-1959)
Melayu Raya (1950-1953)
Suara UMNO (1951-1954)
Utusan Kanak2 (1952-1960)
Warta (1953-1954)
Dewasa (1954-1955)
Merdeka (1954-1964, 1969)
Suasana (1954-1955)
Dunia (1956-1957)
Mingguan Pedoman (1955-1957)
Kritik (1956-1957)
Fikiran Rakyat (1957-1958)
Waktu (1956-1957)
Berita Harian (1957- )

BAB 5 AKHBAR MELAYU SELEPAS MERDEKA (1958-1999)
Pendahuluan
Semenanjong (1958-1959)
Arah Kema’muran (1959-1960-an)
Berita Minggu (1960- )
Suara Rakyat (1960-1961)
Utusan Pemuda (1960-1961)
Mingguan Malaysia (1964— ) Sahabat (1964-1967)
Mingguan Kota Bharu (1966-1970)
Utusan Malaysia (1964- )
Al-Islah (1970-1974)
Utusan Pelajar (1970-1992)

BAB 6 KEMUNCULAN AKHBAR TABLOID
Pendahuluan
Pelita Rakyat (1973-1975)
Suara Rakyat (1975-1976)
Medan Rakyat (1975-1978)
Mingguan Rakyat (1976-1976)
Bintang Timur (1976-1982)
Suara Merdeka (19761 977)
Watan (1976-1997)
Suara Bersatu (1977-1979)
Utusan Pengguna (1978)
Merdeka (1980-2000)
Mingguan Perdana (1982- )
Mingguan Bumi (1982-1984)
Bacaria (1982-)
Al-Arqam (1983-1988)
Harian Nasional (1984-1984)
Mingguan Islam (1985-1988)
Mingguan Famili (1985-1988)
Harakah (1987- )
Harian Metro (1991-)
Utusan Sarawak (1993- )
Mingguan Misteri (1998- )
Eksklusif (1999-2000)
Berita Keadilan (1999- )

BAB 7 AKHBAR MELAYU ABAD KE-21
Perdana Sari (2002-2002)
Utusan Melayu Mingguan (2003-2006)
Kosmo! (2004- )
Sinar Harian (2006- )

BIBLIOGRAFI
INDEKS

Weight0.438 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.