Reka Bentuk Seni Bina Barat Kurun ke-19: Wacana Moral

Penulisan bersama MOHAMAD TAJUDDIN MOHAMAD RASDI dan ROSDAN ABDUL MANAN

DBP (Cetakan pertama, 2012)
243 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM32.00

In stock

Reka Bentuk Seni Bina Barat Kurun ke-19: Wacana Moral amat penting bagi meletakkan landasan pemikiran tentang makna dan potensi bahasa seni bina moden di alam Melayu. Dalam kita tercari-cari bagaimanakah ekspresi kontemporari untuk membentangkan imej negara majmuk yang progresif dengan pelbagai pendekatan, para arkitek dan akademik budaya harus memahami asal usul seni bina yang kita warisi supaya suatu wacana baru terhadap identiti senibina kebangsaan dapat dimajukan.

Tulisan ini umumnya berkisar tentang mengenal pasti dan menilai pemikiran moral seni bina. Pendekatan terhadap moral seni bina ini dirasakan penting untuk memberi jalan keluar kepada kepincangan identiti seni bina dan ketandusan intelektual seni bina terutama di negara kita yang mempunyai teras agama dan budaya masyarakat yang kuat, tetapi masih gagal menjana prinsip-prinsip identiti seni binanya sendiri. Apa yang berlaku selama ini dilihat sebagai ikutan melulu terhadap prinsip-prinsip modernisme Barat (Barat di sini merujuk kepada ketamadunan dunia Barat (Western Civilisations) iaitu negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat) melalui pendekatan bentuk/objek tanpa memahami pengisian moral reka bentuk yang mendasari pembentukannya.

Bangunan-bangunan seni bina moden bukan sekadar sesuatu kesenian canggih tetapi mempunyai dasar serta landasan pemikiran nilai-nilai moral agama, politik dan pegangan falsafah kehidupan. Sebelum ini tidak wujud pemikiran bernas dalam kalangan ahli intelektual alam Melayu bagi  membina gagasan baru pemikiran seni bina nasional, seni bina Islam dan seni bina Melayu.

Reka Bentuk Seni Bina Barat Kurun Ke-19: Wacana Moral mengandungi penjelasan terhadap pemikiran seni bina moden daripada Le Corbusier, Frank Lloyd Wright, William Morris, John Ruskin, Violet-le-duc dan Augustus Welby Pugin. Berdasarkan pengalaman enam tokoh seni bina Barat tersebut, kita boleh mengorak langkah pertama dalam membina wacana tempatan terhadap hala tuju seni bina moden yang mengikuti nilai moral acuan kita sendiri.

Weight0.347 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.5 cm
Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.