Out of stock

13 Mei 1969 di Kuala Lumpur

ABDUL RAHMAN IBRAHIM memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam pengkhususan Sejarah daripada Universiti Sains Malaysia dan menerima Saujana Sastera dalam pengkhususan Sejarah Malaysia daripada Universiti Malaya.

DPB (Cetakan pertama, 2018)
142 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM16.00

Out of stock

ISBN: 9789834607067 Product ID: 4364 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memberi tumpuan khusus kepada sejarah hitam hubungan kaum antara orang Melayu dan orang Cina di Kuala Lumpur. Perbincangan berkisar tentang latar belakang masyarakat majmuk dan isu perkauman di negeri-negeri Melayu. Pemilihan Kampung Baharu bertujuan untuk memberi gambaran bahawa ia merupakan tempat berkumpul orang Melayu yang melakukan perarakan balas yang akhirnya mencetuskan peristiwa berdarah tersebut. Memandangkan Kuala Lumpur menjadi lokasi utama tragedi ini, kita menganggap konflik tersebut sebagai situasi genting bagi masyarakat setempat. Keadaan sedemikian perlu dilihat dari sudut sejarah memandangkan beberapa insiden yang berbau perkauman sebelum ini wujud disebabkan oleh kepincangan yang agak ketara dalam politik, sosial dan ekonomi. Isu-isu yang melibatkan perkauman amat sensitif kerana ia menjurus kepada gangguan polarisasi dan secara tidak langsung mendedahkan negara kepada anasir yang cuba mengambil kesempatan atas kedaulatan negara.

Bahkan, tinjauan sejarah memperlihatkan kebanyakan perubahan dan pelaksanaan dasar negara diambil kira daripada peristiwa hitam ini yang membawa kepada pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan bagi membaiki taraf hidup penduduk miskin di Malaysia, khususnya orang Melayu. Buku ini diharapkan dapat menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Dr. Kua Kia Soong dalam bukunya yang berjudul May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969.

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memaparkan kewujudan masyarakat majmuk dan hubungan kaum sejak kedatangan imigran ke negeri-negeri Melayu dan campur tangan British sehingga berlaku Peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Buku ini cuba menghubungkaitkan beberapa isu nasional yang dikatakan menjadi pemangkin kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur. Antaranya termasuklah dasar yang diamalkan oleh British, layanan tentera Bintang Tiga terhadap orang Melayu selepas era pendudukan Jepun, hak keistimewaan orang Melayu yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi Malaysia, serta ketidakadilan dalam pendidikan dan perkhidmatan awam terhadap orang bukan Melayu.

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur juga melihat hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang sentiasa tegang pada akhir tahun 1960-an, serta melihat bagaimana konflik politik, konflik sosial dan konflik ekonomi mendorong kepada tercetusnya peristiwa tersebut. Buku ini penting sebagai suatu usaha untuk memaparkan sejarah tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam ini kerap dilihat dari sudut yang emosional. Buku yang mengemukakan data komprehensif ini dapat dipertanggungjawabkan dan boleh membantu pengkaji-pengkaji lain mengetahui perkara sebenar di sebalik Peristiwa 13 Mei 1969. Semoga peristiwa ini menjadi iktibar. teladan dan pengajaran kepada kita semua.

Prakata
Pendahuluan
Penghargaan

1. MASYARAKAT MAJMUK DAN PERKAUMAN
Masyarakat Majmuk dan Kedatangan Imigran ke Negeri-negeri Melayu
Dasar Jepun di Negeri-negeri Melayu
Dasar British Selepas Kekalahan Jepun
Zaman Darurat
Peranan Parti Politik

2. KUALA LUMPUR DAN LATAR KEPENDUDUKANNYA
Sejarah Kuala Lumpur
Sejarah Kampung Baharu
Sorotan Pergaduhan Melayu dan Cina di Kuala Lumpur
Politik Selepas Kemerdekaan dan Perkauman di Kuala Lumpur

3. MASALAH HUBUNGAN KAUM MELAYU DAN CINA DI KUALA LUMPUR
Latar Belakang Hubungan antara Kaum Melayu dan Cina pada Akhir 1960-an
Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Politik
Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Sosial
Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Ekonomi

4. PERANAN MEDIA MASSA DALAM MERANGSANG KETEGANGAN KAUM ORANG MELAYU DAN ORANG CINA
Sejarah Media Massa Sepintas Lalu
Peranan Media Massa dalam Merangsang Ketegangan Kaum dan Suasana Genting

5. KEMPEN PILIHAN RAYA DAN RUSUHAN KAUM SEBELUM 13 MEL 1969 DI KUALA LUMPUR
Peristiwa Sebelum 13 Mei 1969
Rusuhan Kaum dalam Kalangan Orang Melayu dan Orang Cina
Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Pulau Pinang
Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Perak
Kesan daripada Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Singapura
Kempen Pilihan Raya Mei 1969

6. TRAGEDI 13 MEI 1969 DI KUALA LUMPUR
Pengalaman Individu yang Diwawancara

7. KESIMPULAN

Biodata
Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.225 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 3 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 3 of 3 reviews (5 star). See all 3 reviews
  1. Mohd Hafizuddin Ab Rahani (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. NORAIDA RASHID (Verified Reader)

    (0) (0)
  3. MOHD SHAHRULNIZAM (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.