Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik

RAMLAH ADAM merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka (2006-2009). Kini beliau bertugas sebagai profesor di UniMAP.

DBP (Cetakan Kedua, 2009)
471 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM30.00

In stock

ISBN: 9789836243454 Product ID: 1315 Subject: Sub-subjects: , ,

Buku Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik membincangkan secara menyeluruh tentang ketokohan Ahmad Boestamam, terutama dalam bahagian politik. Walaupun sudah terdapat rencana pendek, catatan daripada mereka yang mengenalinya atau sebagai satu biodata, tetapi ia dilakukan secara terpencil dan tidak menyeluruh; ia tidak meneliti setiap gerakan politik Ahmad Boestamam. Buku Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik dijangka dapat memenuhi segala kekurangan tersebut.

Nama Ahmad Boestamam adalah nama yang tidak asing dalam sejarah politik Tanah Melayu dan Malaysia. Beliau merupakan seorang tokoh yang sangat menonjol dalam pertubuhan politik radikal Melayu pada tahun-tahun l940-an. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API), adalah parti yang menjadi pusat kegiatannya, sehingga beliau ditahan selama 7 tahun. Beliau menjadi begitu menonjol kerana ditahan begitu lama. Kepentingannya sebagai anggota nasionalis Melayu radikal terbeku dengan penahanan itu.

Namun, penglibatan Ahmad Boestamam sebenarnya lebih daripada itu. Beliau tidak tenggelam bersama penjara yang menahannya begitu lama. Beliau bangun semula dengan kekuatan semangat yang masih membalut hatinya untuk bergiat dalam parti-parti politik yang ditubuhkannya seperti Parti Rakyat Malaya (PRM), Parti Marhaen dan Parti Keadilan Masyarakat (PEKEMAS), sebagai pusat gerakan politiknya yang baru. Penubuhan parti-parti ini bukan sahaja menunjukkan kegigihannya berpolitik, tetapi juga memperlihatkan penerusan minatnya dan kegiatannya dalam berpolitik. Penerusan ini dapat menyempurnakan satu bulatan peranannya dalam sejarah politik Malaysia. Inilah antara tujuan penulis membuat kajian tentang Ahmad Boestamam.

Ahmad Boestamam merupakan salah seorang tokoh yang banyak menghasilkan karya sastera dan autobiografi tentang kegiatannya dalam politik. Antara kedua-duanya itu, autobiografinya merupakan satu sumber rujukan yang berguna kepada para penyelidik. Tulisan-tulisan itu dapat menggambarkan peranannya, sumbangannya dan perasaannya dalam menerima segala tekanan politik daripada penjajah, kerajaan Perikatan dan masyarakat keseluruhannya.

Seperti kebiasaan, sebuah autobiografi, Ahmad Boestamam tidak dapat melarikan diri daripada sikap menonjolkan kepentingan dirinya dalam kegiatan sejarah itu. Beliau menceritakan sesuatu itu dari sebelah pihak sahaja dan pandangan lain cuba diketepikannya. Ini memang tidak menghairankan kerana tujuan beliau menulis autobiografi itu adalah untuk mempertahankan dirinya daripada segala dakwaan atau tuduhan yang dibuat oleh penjajah atau kerajaan, yang melihatnya sebagai pihak yang bersalah. Ahmad Boestamam dianggap bersalah kerana mempertahankan keyakinannya dan pendiriannya dalam politik yang tentunya bertentangan dengan kepentingan dan kehendak penjajah dan kerajaan yang memerintah. Tindakan Ahmad Boestamam menonjolkan kepentingannya adalah sesuatu yang munasabah.

Ramai pengkaji terpesona dengan dakwaan Ahmad Boestamam. Autobiografi Ahmad Boestamam sangat dihargai dan dipercayai, terutamanya autobiografi yang bertajuk Merintis Jalan ke Puncak. Karya ini telah menjadi karya agung yang mencerminkan kegigihan dan kepentingan Ahmad Boestamam dalam kegiatan politik radikal.

Sebagai ahli sejarah yang mencari kebenaran sejarah setepat yang mungkin, autobiografi Ahmad Boestamam bukanlah sumber rujukan yang mutlak. la patut dilihat sebagai satu titik tolak kepada usaha mencari kebenaran sejarah itu. Dakwaan Ahmad Boestamam itu patut diselidiki dan dikait kebenarannya. Oleh itu, kita perlu membaca rekod sejarah yang ditulis oleh berbagai-bagai pihak; bukan sahaja dari pihak tempatan tetapi juga dari luar. Fail-fail rasmi kerajaan British dan kerajaan Persekutuan, catatan tokoh-tokoh lain tentang Ahmad Boestamam, akhbar-akhbar lama yang mencatatkan kejadian pada zamannya, temu ramah dengan mereka yang pernah terlibat dalam parti-parti yang didukungnya, malah temu bual dengan keluarga Ahmad Boestamam juga adalah perlu untuk mencari sebanyak mungkin bahan yang diperlukan.

Dengan menggunakan bahan-bahan bertulis dan temu ramah itu, penulis kira satu pandangan yang lebih seimbang dapat dibuat. Dengan itu, dapatlah dilihat sejauh mana tulisan peribadi Ahmad Boestamam itu dapat dipertanggungjawabkan.

Mungkin ada pihak yang tidak berseteru dengan penafsiran penulis tetapi itu adalah perkara biasa dalam dunia akademik. Apa yang penulis lakukan adalah satu percubaan untuk mengkaji peranan Ahmad Boestamam secara keseluruhannya, dengan mengambil kira satu persekitaran global sejarah politik dan masyarakat Malaysia. Penulis ingin melihat bukan sahaja kesinambungan peranan Ahmad Boestamam, tetapi bagaimana peranannya itu bermakna kepada sejarah kegiatan nasionalisme Melayu dan politik Tanah Melayu dan Malaysia.

Buku Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik juga bertujuan untuk memperkayakan lagi bahan sejarah tentang tokoh politik tanah air. Walaupun tulisan mereka telah dibuat dalam berbagai-bagai bentuk, sama ada sebagai rencana pendek, catatan daripada mereka yang mengenalinya atau sebagai satu biodata, tetapi ia telah dilakukan secara terpencil dan tidak menyeluruh; ia tidak meneliti setiap gerakan politik Ahmad Boestamam. Kajian yang menyeluruh terhadap ketokohan Ahmad Boestamam, terutama dalam bahagian politik, yang merupakan sumbangannya yang terbesar, akan dapat menambahkan lagi khazanah sejarah bangsa Melayu dan Malaysia.

Prakata
Pengenalan

1. Tahun-Tahun Awal Kehidupan, 1920-1939
2. Wartawan dan Nasionalis Melayu, 1934-1941
3. Penyokong Jepun, 1942-1945
4. Penglibatan Ahmad Boestamam dalam Penubuhan dan Perkembangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945-1948
5. Kerjasama Ahmad Boestamam dan PKMM dengan Kongres 1946 dan UMNO dalam Menghadapi Malayan Union, Mac – Jun 1945
6. Pemimpin Angkatan Pemuda Insaf (API), 1946-1947
7. Penglibatan Ahmad Boestamam dalam PUTERA-AMCJA, 1947-1948
8. Tujuh Tahun Malam Memanjang, 1948-1955
9. Pemimpin Parti Rakyat, 1955-1957
10. Ahmad Boestamam dan Malayan People’s Socialist Front, 1957-1959
11. Ahli Parlimen, 1959-1963
12. Zaman Damai dan Tenang

Rumusan
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Bibliografi
Indeks

Weight0.620 kg
Dimensions21.6 × 14 × 2.5 cm
Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author