1515

FAISAL TEHRANI adalah penulis dan sasterawan yang telah memenangi pelbagai anugerah dan hadiah sastera, termasuklah Anugerah Seni Negara pada 2006.

Gerakbudaya (Cetakan Kelima, 2020)
262 halaman

RM30.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!
ISBN: 9789670311548 Product ID: 26442 SKU: 9789670311548 Category: Tags: ,

1515 karya Faisal Tehrani mengambil latar kejatuhan kerajaan Melayu Melaka ke tangan penjajah Portugis sekitar abad ke-16. Terbahagi kepada 6 bab, 1515 memisahkan antara watak realiti dan pengkisahan mengenai srikandi Melaka pada tahun 1511. Watak realitinya ialah Dr Adi Famiyun sementara watak khayalannya ialah Tun Nyemah Mulya. Watak Dr. Adi Famiyun merupakan sejarawan Melayu yang kebaratan. Anehnya beliau sering saja dihantui oleh ‘roh-roh masa lampau’ yang tidak tenang dan tidak dapat bersemadi dengan aman kerana sejarah Melaka yang menguris perasaan mereka, terasa dikhianati dengan cacatan sejarah oleh mereka yang tidak menempuhnya. Famiyun berusaha mendapatkan tajaan untuk meneruskan pengkajian sejarahnya mengenai Melaka dan tarikh 1511.

Tun Nyemah Mulya merupakan perujuk terbaik Famiyun dan membantu Famiyun melaksanakan pengkajiannya mengenai Melaka. Ketika itu Melaka begitu tersohor dengan kekayaan dan kekuasannya, namun sayang Melaka turut tersohor dengan sikap sultan yang hanya tahu berfoya-foya dan mengabaikan tanggungjawabnya. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan pada malam lailatulqadar 1946, Nyemah merupakan cucu kepada guru al-Quran Sultan Ahmad Syah manakala ibunya merupakan dayang kepada Puteri Onang Kening dari Kelantan. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan sebagai pahlawan, dididik dengan segala ilmu dunia dan persilatan termasuk ilmu ghaib.

Nama Alfonso de Albuquerque turut diperkenalkan seawalnya, kerana nama itulah sejarah Melaka menguris perasaan Famiyun. Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka namun ia bukan sekadar ingin merampas kekayaan Melaka, malah berniat untuk menyebarkan agama Kristian dengan mengkafirkan orang-orang Islam di Melaka.

1515 mempunyai kekuatan yang tersendiri, penuh dengan sindiran dan kekuatan penggunaan bahasa yang seolah dapat memberi gambaran yang sejelasnya pada sesuatu keadaan, terutamanya ketika Tun Nyemah Mulya menawan Portugal dan sewaktu Tun bermain senjata dengan Alfonso.

Faisal Tehrani turut menimbulkan persoalan adakah kewujudan Tun Nyemah Mulya sengaja dipadamkan dari sejarah atau sememangnya ia dogengan semata-mata. Sekiranya srikandi ini dipersoalkan akan jasa dan sejarahnya, mana bukti yang mengatakan Hang Tuah cukup berjasa kepada bumi Melaka. Namun persoalan yang cukup penting dalam novel ini, mengapa Melaka begitu mudah dijajah, adakah kerana adanya kebenaran yang mengatakan bahawa bangsa Melayu itu adalah bangsa yang paling alpa di dunia, hanya bangsa itu sendiri yang mampu menilai kebenarannya.

Sinisnya novel ini tetap tidak lari dari realiti sesuatu bangsa, sindirannya menyeluruh dan tidak berpihak kepada mana-mana golongan, alpanya rakyat Melaka hingga Melaka dijajah, alpanya Dr.Adi Famiyun mengesan sejarah Melaka hingga zuriatnya tenggelam dalam dunia kebaratan yang terus meminggirkan budaya dan sejarah bangsanya sendiri. Dr. Adi Famiyun berjaya membuka minda bangsanya namun tewas dalam mendidik pewarisnya.

Prolog
Siapa Nyemah Mulya
Feringgi Mengalahkan Melaka
Tegaknya A Famosa
Portugal Ditakluk
Tenggelamnya Bahtera Flor De La Mar
Sejarah Tun Nyemah Mulya
Epilog

Weight 0.292 kg
Dimensions 19 × 13 × 1 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “1515”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author…

  • Wacana Sastera Islam di Malaysia dan Indonesia

    Wacana Sastera Islam di Malaysia dan Indonesia

    , RM52.00
  • Sastera adalah Makanan Anjing: Sebuah Kompilasi Esei Faisal Tehrani

    Sastera adalah Makanan Anjing: Sebuah Kompilasi Esei Faisal Tehrani

    RM38.00
  • The Professor

    The Professor

    RM32.00
  • Bedar Sukma Bisu

    Bedar Sukma Bisu

    RM25.00