Universiti Kebangsaan Malaysia: Sejarah Penubuhan

MOHD. ALI KAMARUDDIN adalah bekas pensyarah di Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Ketiga, 2017)
243 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00RM50.00

If you purchase this book you will earn 8-10 reward points!
If you purchase this book you will earn 8-10 reward points!
Product ID: 1795 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Universiti Kebangsaan Malaysia: Sejarah Penubuhan merupakan sebuah dokumentasi penting tentang perkembangan fikiran dan tindakan cendekiawan Melayu dan Kebangsaan dalam sejarah pendidikan tinggi peringkat Universiti selepas kemerdekaan tanah air. Lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 adalah hasil perjuangan dan semangat nasionalisme golongan cendekiawan sejak tahun 1920-an lagi. A. Kadir Adabi mencetuskan idea penubuhan sebuah universiti yang berciri kebangsaan ditubuhkan dengan tujuan untuk memajukan masyarakat Melayu di samping memartabatkan bahasa Melayu ke arah yang lebih tinggi. Namun begitu, idea tersebut telah tercatat malah perkembangan pendidikan Barat bertapak kuat di Tanah Melayu.

Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan telah menghidupkan kembali semangat terhadap penubuhan sebuah universiti yang akan menjadi institusi pendidikan lanjutan bagi pelajar lepasan sekolah aliran Melayu. Dalam zaman British, sistem persekolahan Melayu sekadar untuk menghapuskan buta huruf di peringkat minimum sahaja agar masyarakat Melayu terus hidup dalam kejahilan dan setakat menjadi kuli penjajah.

Murid-murid di sekolah Melayu bukan sahaja tidak mampu menimba pelajaran dan pendidikan di peringkat menengah dan menamatkan pengajian pada peringkat umur yang terlalu muda, malahan mereka juga terpaksa pulang semula ke kampung untuk meneruskan pekerjaan tradisi ibu bapanya sebagai petani dan nelayan tradisional. Namun begitu, atas usaha yang berterusan sekumpulan cerdik pandai terutamanya dalam Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) telah merealisasikan penubuhan Universiti Kebangsaan. Tertubuhnya universiti ini bukan sahaja menandakan bermulanya sejarah baru dalam perkembangan sistem pendidikan negara, malah Universiti Kebangsaan telah Berjaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tinggi negara.

Senarai Singkatan
Senarai Rajah dan Jadual
Senarai Plat
Prakata
Kata Pengantar
Pendahuluan

1. Perkembangan Pendidikan Melayu dan Dasar Pelajaran Kebangsaan
2. Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Universiti Kebangsaan
3. Permintaan Terhadap Sebuah Universiti Kebangsaan
4. Kelahiran Universiti Kebangsaan Malaysia
5. Setelah UKM Ditubuhkan
6. UKM Selepas 10 Tahun

Rujukan
Indeks

WeightN/A
DimensionsN/A
Author(s)

Format

,

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.