Out of stock

Kebangkitan Semula Islam hingga Pasca Islamisme

AHMAD SUNAWARI LONG adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Usuluddin & Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2017)
245 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

Out of stock

Kebangkitan Semula Islam hingga Pasca Islamisme menelusuri sejarah fenomena kebangkitan semula Islam yang tercetus di Iran, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia dan sebagainya pada tahun 1970-an. Kebangkitan semula Islam adalah fenomena yang meletus di negara-negara Islam seperti Iran, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia dan sebagainya pada tahun 1970an. Fenomena ini disebabkan oleh kekalahan Peperangan Arab-Israel pada tahu 1967, Revolusi Iran dan kenaikan harga minyak dunia. Ia juga disebabkan oleh faktor dalaman yang berlaku dalam negara Islam, antaranya Dasar Islamisasi seperti yang dilaksanakan di Pakistan dan Malaysia. Gabungan pelbagai faktor telah memberikan pelbagai impak kepada umat Islam sama ada dalam aspek penghayatan atau amalan mereka. Kebangkitan semula bukan sahaja memberikan impak positif kepada umat Islam tetapi juga meninggalkan impak negatif seperti pemokusan yang lebih kepada politik Islam sehingga mengabaikan aspek-aspek kemanusiaan, sosial dan hubungan antara penganut agama.

Penumpuan yang berlebihan untuk membina negara Islam berlandaskan syariat Islam secara total telah menyebabkan mereka mengabaikan wacana tentang demokrasi dan isu-isu sosial dan alam sekitar. Sebagai respons muncul kelompok masyarakat dan ilmuwan yang ingin membawa umat Islam kepada isu-isu demikian yang diistilahkan sebagai pasca Islamisme. Namun wacana pasca Islamisme yang berkembang pada tahun 1990-an tidaklah sangat berbeza dengan wacana kebangkitan semula Islam atau dikenali sebagai Islamisme. Kedua-duanya mewacanakan Islam dalam bentuk kontemporari tetapi pasca Islamisme lebih kepada kritikan dan solusi terhadap kelompangan pada era kebangkitan semula Islam atau juga dikenali sebagai Islamisme.

Prakata
Pendahuluan

1. Definisi dan Manifestasi Kebangkitan Semula Islam
2. Kebangkitan Semula Islam di Iran
3. Kebangkitan Semula Islam di Mesir
4. Kebangkitan Semula Islam di Arab Saudi
5. Kebangkitan Semula Islam di Pakistan
6. Kebangkitan Semula Islam di Indonesia
7. Rupa Bentuk sebelum dan pada Era Kebangkitan Semula Islam di Malaysia
8. Cetusan Dalam Kebangkitan Semula Islam di Malaysia
9. Cetusan Luaran Kebangkitan Semula Islam di Malaysia
10. Rupa Bentuk Islam Pasca Islamisme di Malaysia

Rujukan
Indeks

Weight0.365 kg
Dimensions22.2 × 15 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. ab kahar harun (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.