Benang Sari Melayu-Jawa

NORIAH MOHAMED adalah mantan Profesor dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2014)
230 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Ungkapan Benang Sari Melayu-Jawa yang dijadikan judul buku melambangkan pertautan erat dua etnik, iaitu Melayu dan Jawa dalam kehidupan berbudaya, berbahasa, dan dalam pembinaan pandangan hidup serta pembentukan jati diri. Beberapa makalah yang terhimpun dalam buku ini memperlihatkan nilai budaya dan ciri-ciri khusus yang menjadi warisan kebanggaan etnik tersebut selain bahasa yang dikongsi bagi tujuan mempercepatkan lagi hubungan mesra yang sedia terjalin selama ini. Senario ini bukanlah sesuatu yang asing dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia.

Beberapa elemen budaya daripada Melayu-Jawa seperti dalam Sirih Pinang dalam Kehidupan Melayu: Benang Halus yang Merungkai, sirih membawa lambang penyatuan budaya bahawa yang berbeza akan mewujudkan suatu keindahan seperti adanya gabungan elemen warna dan bahan yang ada dalam penyediaan memakan sirih. Budaya Jawa pula disorot melalui tiga penulisan, iaitu Perubahan Budaya: Lunturnya Elemen Guyub dalam Kalangan Masyarakat Jawa Kuala Selangor, Kuda Kepang dan Emban Rasa. Nilai warisan Jawa warisan mulai terhakis disebabkan perubahan nilai kini yang mementingkan kebendaan.

Namun, di sasar kehidupan masyarakat Jawa masih mengamalkan emban rasa semasa berbicara dan berhubungan antara satu dengan lain. Beberapa penulisan yang terjalin daripada rasa Melayu-Jawa sama ada dari perspektif bahasa, sastera dan budaya diharap dapat menerangi ruang kabur yang selama ini  dilihat dari sorotan kilau yang tidak menyenangkan terutama hubungan Melayu-Jawa.

Prakata

1. CD Interaktif sebagai Wadah Penyampaian Ilmu
2. Pengajaran Sastera dalam Wadah Bahasa
3. Potensi Perkembangan Tulisan Jawi: Usaha Merintis Kemungkinan
4. Kecemerlangan Diri dari Sudut Pandang Melayu
5. Melayu Johor dan Jati Diri
6. Munsyi Abdullah dan Budaya Melayu
7. Perubahan Budaya: Lunturnya Elemen Guyub dalam Kalangan Masyarakat Jawa di Kuala Selangor Malaysia
8. Selangor Berbudaya 2005
9. Kuda Kepang
10. Emban Rasa: Mendukung Rasa / Menimbang Rasa
11. Sirih Pinang dalam Kehidupan Melayu: Benang Halus yang Merangkai
12. Pentafsiran Kembali Cerita Mitos Asal Usul
13. Wira dan Keperwiraan Melayu
14. Citra Jawa dalam Hikayat Hang Tuah: Realiti atau Fiksyen
15. Pak Pandir Mr. Bean Melayu
16. Ugut dan Takut dalam Cerita Pak Pandir
17. Si Paloi dan Si Luncai: Pukul Anak Sindir Menantu
18. Puisi Melayu: Melentur Buluh Biarlah dari Rebung
19. Syair Seligi Tajam Bertimbal: Keluh Kesah Wanita
20. Syair Puteri Akal : Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong

Lampiran
Rujukan
Indeks

Weight0.344 kg
Dimensions21.5 × 16 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.