Rosli Dhoby dan RUKUN 13

NORDI ACHIE adalah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2018)
223 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

In stock

ISBN: 9789831009536 Product ID: 2495 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Rosli Dhoby dan RUKUN 13 menoreh kebenaran sejarah agar semua generasi yang akan datang mengetahui cerita sebenar di sebalik tragedi berdarah di Sibu pada 3 Disember 1949. Peristiwa sungkit berdarah di Sibu pada 3 Disember 1949 merupakan antara episod penting dalam sejarah Sarawak Darul Hana. Di persada bersejarah ini, tertegaknya pengorbanan empat patriot Melayu: Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli Amit dan Bujang Suntong. Selepas meradak perut Duncan Stewart dengan badik, Rosli dan Rukun 13 dibicarakan dalam mahkamah kolonial yang diterajui hakim kolonial, dibarisi juri prokolonialis, disergahi pendakwa kolonial, diburu polis kolonial sembari mendepani saksi-saksi kolonial; malah paling sadis, tanpa mendapat pembelaan sewajarnya daripada peguam bela profesional. Apakah mereka dibicarakan untuk diadili, atau mahkamah kolonial diperalatkan untuk membalas dendam terhadap Rosli dan Rukun 13?

Malangnya, pada zaman kemaharajalelaan penjajah British, puterabumi antipenjajah ditohmah sebagai pemberontak, pembunuh dan penjahat. Namun, di sisi generasi anak merdeka, pejuang antikolonialis dinobatkan sebagai wira negara dan melati bangsa. Mereka sanggup berkorban nyawa demi memperjuangkan maruah bangsa dan kemerdekaan nusa daripada dirampas kolonialis Barat. Justeru, kemerdekaan bangsa dan nusa yang kita kecapi hari ini merupakan hasil daripada perjuangan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.

Prakata
Senarai Singkatan

1. Resensi Kritis dan Kecurangan Mahkamah Kolonial
I–VII

2. Rosli Dhoby, Rukun 13 dan Perjuangan PPM
Kemerdekaan Sarawak: Pengkhianatan, Penipuan dan Pemuslihatan
Rosli dan Ani — Kesetiaan Percintaan
Morshidi, Norati dan Bolhi — Perkasihan dan Persahabatan
Awang Rambli dan Rukun 13 — Kebenaran dan Keberanian demi Kemerdekaan
Gagasan dan Perjuangan PPM, 1946-1949

3. Rukun 13, Pakatan Bertiga dan Komplot Pembunuhan
Pakatan Sungai Kerbau
Pakatan Sungai Merah — Rukun 13, Sumpah Setia dan Sungkit Berdarah
Pakatan Kampung Datu
Pakatan Sekolah Rakyat
Pakatan Kampung Pulo

4. Kemuncak Komplot dan Sungkit Berdarah
Persiapan Patriot
Sungkit Berdarah
Saksi Mata
Strategi Polis dan Saksi Kolonial
Rukun 13 dan Kaum Pemuda PPM — Terbongkar, Tertangkap dan Terseksa
Pendakwaan terhadap Rosli dan Morshidi
Eksibit D (Rosli) dan Eksibit E (Morshidi): Penelitian dan Persoalan
Perbicaraan, Pembelaan dan Penghakiman

5. Pendakwaan, Perbicaraan dan Penghakiman Rukun 13: Keraguan dan Pertikaian
Perbicaraan Rukun 13 — Pembelaan dan Penghakiman

6. Ketakburan Penjajah dan Persemadian Kepahlawanan
Angkara Dendam Penjajah
Kepulangan Terpilu
Pembelaan dan Pemartabatan
Kepulangan Terhormat
Nilai Pengorbanan dan Neksus Perjuangan

Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.373 kg
Dimensions21.5 × 16 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

  1. Mohd Firdaus Sekman (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.