Out of stock

Ulama Melawan vs. Ulama Tertawan: Satu Perspektif Sejarah

AUNI HAJI ABDULLAH merupakan seorang penulis sejarah politik Islam dan dikenali sebagai seorang aktivis pelajar yang giat di peringkat universiti dan nasional. Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Dewan Mahasiswa PMUKM dan Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

SIRD (Cetakan pertama, 2018)
385 halaman, termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Out of stock

ISBN: 9789672165088 Product ID: 2498 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Ulama Melawan vs. Ulama Tertawan: Satu Perspektif Sejarah meneliti pertalian timbal balik antara pemerintah dengan ulama yang berlaku dalam lipatan sejarah. Penelitian aspek hubungan kekuasaan antara ulama dan pemerintah dengan tumpuan menggali khazanah sejarah ini cuba mengetengahkan kajian yang memberi fokus secara khusus kepada peristiwa-peristiwa yang memaparkan hubungan dan pertembungan antara dua kelompok utama yang mewarnai peradaban Islam. Dalam usaha menjejaki fenomena ini, penulis cuba mengkaji dan menyelongkar perjalanan sejarah Islam bermula dari zaman awal kelahiran Islam dengan pelbagai saat gemilang pada abad ke-7 Masihi hinggalah pada akhir abad ke-16 apabila bermulanya tunas-tunas awal cabaran imperialisme yang dihadapi oleh dunia Islam.

Kata Pengantar
Sekapur Sirih

Pendahuluan

1. Keserasian Kepimpinan Agama dengan Kepimpinan Politik pada Zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ Al-Rasyidin
Keserasian kepimpinan agama-politik zaman rasulullah saw
Pemantapan kepimpinan agama-politik zaman rasulullah
Kesinambungan kepimpinan agama-politik zaman khulafa’ al-rasyidin
Pengukuhan mekanisme kepimpinan agama-politik zaman khulafa’ al-rasyidin

2. Konflik Ulama-Pemerintahan pada Zaman Umayyah dan Awal Abbasiyah
Bibit-bibit awal pergeseran kepimpinan agama-politik
Kecekalan pendirian tokoh ulama tabi’iin
Ketegasan dan kelantangan pendirian empat imam mazhab

3. Gambaran Keserasian dan Pertembungan Ulama-Pemerintah dalam Sejarah Andalusia dan Afrika Utara
Pertalian ulama-pemerintah dalam memperkasakan zaman awal Andalusia
Kesepakatan ulama-pemerintah dalam pembentukan dua dinasti di afrika utara
Keselarian kerjasama ulama-pemerintah dalam pengukuhan dinasti al-muwahhidun

4. Kesepakatan Pemerintah-Ulama Menangani Saat Kritikal pada Abad Ke-10 Hingga Abad ke-12
Keintiman hubungan ulama-pemerintah membendung kebangkitan pengaruh Syiah
Kecekalan kerjasama ulama-pemerintah menggalang ancaman militan isma‘iliah
Kesepaduan tenaga ulama-pemerintah dalam menangani ancaman tentera salib

5. Beberapa Pengalaman Pertembungan Ulama-Pemerintah dari Abad ke-12 hingga Awal Abad ke-17
Pertembungan ulama birokrat dengan pemerintah
Izz ud-din ibn Abdus salam
Ibn daqiq al-‘eid
Ibn jamaah
Ibn hajar al-‘asqalani
Lisan al-din ibn al-khatib
Taq ud-din ahmad al-maqrizi
Zakaria al-ansari
Pertembungan ulama bebas dengan pemerintah
Abu al-faraj al-jawzi
Imam Nawawi
Ibn taimiyah
Abu ishaq al-syatibi
Jalaluddin al-suyuti
Ahmad sirhind
Renungan dan pengajaran

6. Renungan & Penutup

Glosari
Bibliografi
Indeks
Tentang Penulis

Weight0.615 kg
Dimensions21.5 × 16 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.