Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme

MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL adalah Profesor Madya dan Ketua Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2014)
286 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

In stock

ISBN: 9789674122676 Product ID: 25815 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme memberikan satu analisis yang menyeluruh berhubung kepimpinan Abdullah Badawi berlandaskan pendekatan akademik dan berdasarkan perspektif konflik intra-elit yang berlaku dalam UMNO. Buku ini bukanlah biografi politik kerana tumpuan utama buku ini hanya menyentuh perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan krisis yang berlaku dalam kepimpinan Abdullah. Skop buku ini meliputi konteks yang lebih besar, iaitu mengenai politik Malaysia selepas era Mahathir.

Penulis telah memulakan kajian berhubung subjek ini semenjak 2009 atau lebih tepat lagi selepas pengunduran Abdullah. Walaupun berkemungkinan tidak relevan untuk memasukkan faktor peribadi ke dalam buku ini tetapi penulis harus tekankan di sini bahawa faktor yang turut mencetuskan minat penulis untuk mengkaji kepimpinan Abdullah disebabkan oleh kecenderungan penulis yang gemar meraikan pihak yang tersisih atau tewas. Hakikatnya, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan untuk menyokong atau sentiasa berada di pihak yang menang, yang berkuasa dan yang mampu memberikan faedah kepada kepentingan diri. Yang tewas pula lazimnya tidak diberikan perhatian, tersisih dan ada kalanya menerima kecaman.

Namun begitu, tentu sahaja tujuan utama buku ini dihasilkan bukanlah sebagai usaha untuk mensakralkan kepimpinan Abdullah. Buku ini menganalisis konflik yang timbul dalam sebuah rejim konservatif seperti UMNO apabila berhadapan dengan persoalan reformasi politik. Buku ini turut memberikan perhatian kepada reaksi dan kesulitan yang timbul dalam sesebuah rejim yang telah mengalami pengintitusiat dengan ideologi konservatisme dan juga personalisme. Reformasi sering kali disifatkan sebagai sesuatu yang boleh memberikan kesan kepadé kestabilan sistem kerana ia melibatkan proses untuk mengubah sual sesuatu yang telah menjadi kebiasaan. Lebih lama sistem itu bergerak dan beroperasi dalam kerangka yang serupa, maka proses reformasi menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan.

Buku int mengambil pendekatan kritikal tetapi objektif seperti yang dimaklumkan oleh penulis sewaktu menemu bual Abdullah pada Mac 2010. Tempoh tiga jam yang diluangkan oleh Abdullah sebenarnya tidak mencukupi tetapi tetap memadai untuk memberikan nilai tambah kepada buku ini. Namun begitu, hal ini tidaklah menjadikan kajian ini terikat dengan sindrom Stockholm. Penulis sendiri sedia maklum dengan tanggapan bahawa mendapatkan input secara langsung daripada sesuatu subjek mempunyai cabarannya yang tersendiri kerana subjek yang ditemu bual pastilah menginginkan penulisan mengenainya dibuat dalam maksud yang positif.

Hal ini dapat dilihat melalui kontroversi yang menyelubungi buku yang dihasilkan oleh Barry Wain yang berjudul Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (2009). Apabila Wain menulis dengan kritis mengenai Mahathir, ia menimbulkan rasa tidak senang tokoh itu yang telah memberikan beberapa siri temu bual secara langsung dengan Wain. Justeru, tanpa berselindung, penulis telah menyatakan kepada Abdullah bahawa kajian ini akan mengambil sikap yang kritikal terhadap kepimpinan beliau. Abdullah tidak memperlihatkan reaksi tidak senang dengan penjelasan tersebut dan hanya memohon tulisan dibuat dengan maksud yang objektif. Walaupun wujudnya keinginan untuk melakukan temu bual susulan tetapi penulis tidak meneruskan hasrat tersebut kerana Abdullah juga telah meninggalkan banyak sumber sekunder yang lain.

Seperti yang dijelaskan, Saga Neokonservatif bukanlah sebuah karya biografi kerana ia tidak meliputi beberapa perkembangan sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri seperti latar belakang keluarga, zaman kanak-kanak, era persekolahan, era menjadi pegawai kerajaan, era menjadi ahli politik dan hinggalah beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun begitu, ketiadaan elemen-elemen tersebut tidaklah dianggap sebagai mencacatkan pemahaman mengenai Abdullah memandangkan sebahagian besar aspek tersebut sudah pun disentuh seimbas lalu dalam banyak buku separa ilmiah. Buku ini boleh dianggap sebagai usaha melengkapkan karya-karya sedia ada yang pernah ditulis sebelum ini walaupun pendekatan yang digunakan oleh penulis tertakluk kepada pendekatan akademik.

Namun begitu, maksud yang lebih penting yang ingin ditonjolkan atau disumbangkan oleh penulis melalui buku ini ialah keperluan untuk tidak mengetepikan sumbangan setiap pemimpin yang ada tanpa mengira sama ada mereka merupakan pemimpin perdana ataupun bukan perdana dan sama ada mereka mempunyai pandangan umum yang tinggi atau sebaliknya. Hal inilah yang berlaku kepada pemimpin seperti Tun Dr. Ismail apabila hanya selepas tiga puluh tiga tahun kematiannya, barulah sebuah buku biografi autoritatif dihasilkan oleh sarjana seperti Ooi Kee Beng (2006c).

Senarai Kandungan
Senarai Singkatan
Prakata

1. Pendahuluan
2. Kepimpinan Neokonservatif: Konflik Sistem Sokongan
3. Pembangunan Lunak: Cabaran Kompleks Parti-Birokrasi
4. Tadbir Urus Demokratik: Pengenduran Semi-demokrasi
5. Pendekatan Laluan Sederhana: Dilema Keadilan untuk Semua
6. Berakhirnya Detik Neokonservatif
7. Abdullah dalam Konteks Perbandingan: Gorbachev atau Khrushchev?
8. Implikasi Kepimpinan Abdullah Terhadap Najib: Kembali kepada Mahathirisme?

Lampiran
Rujukan
Indeks

Weight0.417 kg
Dimensions22.7 × 15 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.