Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu

Disunting oleh MAT ROFA ISMAIL

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2013)
332 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM64.00

In stock

ISBN: 9789831006214 Product ID: 2655 Subjects: , Sub-subjects: ,

Enasiains dan Etnomatematik Alam Melayu menerokai sumbangan orang Melayu dalam sains dan matematik yang dibincangkan di bawah istilah etnosains dan etnomatematik. Sumbangan etnosains dan etnomatematik di Alam Melayu berakar umbi bersama sejarah dan budaya yang membentuk acuan ilmu yang penuh dengan sistem nilai tempatan dan serantau. Apabila rantau Melayu terjajah oleh kolonialisme Barat, maka penulisan sejarah telah berubah paradigma daripada rantau yang mempunyai tamadun yang agung kepada rantau jajahan yang menjulang tinggi budaya Barat yang memisahkan ilmu daripada nilai. Ilmu tradisi umat Melayu terpinggir dalam penulisan acuan kolonialisme, kerana secara beransur-ansur penjajahan bukan sahaja berlaku terhadap fizikal dan geografi tetapi juga sejarah, pemikiran dan minda.

Ilmu yang berteraskan sains dan matematik yang lahir daripada budaya Melayu-Islam seperti mantik, penghujahan, pemikiran kefalsafahan, perdebatan sufisme, pelayaran, seni perubatan, pengiraan takwim, kalendar dan musim, seni bina, retorik dan ketatabahasaan, pancalogam, persenjataan, tenunan dan warisan yang lain, semakin terpinggir dalam penulisan umat Melayu. Pendokumentasian yang dilakukan penjajah diwarnakan oleh sistem nilai mereka di bawah paradigma kolonialisme, yang lebih memetik aspek khurafat atau kelemahan berbanding pemikiran mantik yang lebih saintifik. Hingga kini, keagungan pemikiran etnosains dan etnomatematik Melayu masih tersorok dalam lipatan sejarah, Maka, menerusi tulisan beberapa tokoh ilmuwan tempatan, sebahagian aspek tersebut dihuraikan dalam buku ini, sebagai percubaan pentakrifan domain kajian dan diharapkan akan menjadi bidang yang penting dalam epistemologi etnografi Melayu pada masa akan datang.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Gambar
Senarai Penyumbang
Prakata

1. Kosmologi dan Geopusatan Nurudin al-Raniri
– Baharrudin Zainal & Mat Rofa Ismail

2. Kenampakan Anak Bulan dalam Takwim Alam Melayu Prapemodenan
– Baharrudin Zainal

3. Sains Pelayaran dalam Manuskrip Bugis
– Nor Azam Mat Noor

4. Pemuliharaan Artifak Jam Matahari
– Syed Kamarulzaman Syed Kabeer

5. Ilmu Hikmah dalam Kajian Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu
– Mat Rofa Ismail

6. Unsur Asasi Jirim dalam Sains Melayu Sebelum Dipengaruhi Barat
– Shaharir Mohd Zain

7. Mantik Melayu Separuh Pertama Abad Ke-17M Menerusi Manuskrip Nur al-Dyn al-Ranyry
– Shaharir Mohd Zain

8. Epistemologi dan Kosmologi Ahmad Al-Sirhindi
– Mohd Nasir Mohd Tap

9. Retorik, Balaghah, Bahas dan Etnomanti Melayu
– Mat Rota Ismail

10. Rumah yang Berkembang: Keanjalan Matematik pada Rumah Tradisional Melayu
– Nangkula Utaberta dan Kamarul Afizi Kosman

11. Perisian Pembina Leksikon — Pemantapan Pembangunan Sumber Linguistik dan Morfologi (Terkomputasi) Bahasa Melayu
– Mohd Yunus bin Sharum, Muhammad Taufik Abdullah, Mohd Nasir Sulaiman, Masrah Azrifah Azmi Murad, Zaitul Azma Zainon Hamzah

12. Perkamusan dan Sains Komputer dalam Era Teknologi Maklumat
– Mohd Yunus Sharum

13. Mantik Kabur dan Unsur Emosi Melayu
– Tahir Ahmad

14. Positivisme Logikal: Suatu Huraian
– Mohd Hazim Shah

15. Mencari Paradigma Sains yang Bersepadu
– Mat Rofa Ismail

Bibliografi
Indeks

Weight0.535 kg
Dimensions20 × 14 × 1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.