Out of stock

Hak Penentuan Kendiri Orang Asli: Teori dan Realiti

Penulisan bersama MUHAMAD SAYUTI HASSAN dan ROHAIDA NORDIN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2022)
152 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

Out of stock

ISBN: 9789672518259 Product ID: 35901 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Hak Penentuan Kendiri Orang Asli: Teori dan Realiti mengupas hak penentuan kendiri dalam konteks Orang Asli dengan menganalisis pelbagai isu berkaitan pengiktirafan hak berkenaan dari perspektif perundangan. termasuklah latar belakang dan sejarah Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, buku ini turut mengupas tentang kerangka perundangan berkaitan Orang Asli di Malaysia. Bagi memahami keseluruhan analisis dalam buku ini, konsep hak penentuan kendiri di bawah undang-undang antarabangsa turut diulas. Perbincangan utama dalam buku ini ialah tahap pengiktirafan hak penentuan kendiri Orang Asli dari sudut perundangan yang meliputi aspek politik dan autonomi, pengiktirafan prinsip Izin-Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dan aspek ekonomi Orang Asli.

Sehingga hari ini, Orang Asli dilindungi oleh pelbagai undang-undang yang terdiri daripada pelbagai sumber. Undang-undang utama negara yang berkaitan Orang Asli ialah Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia dan undang-undang yang bercanggah dengan peruntukannya disifatkan sebagai ultra vires dan terbatal (Perkara 4(1), Perlembagaan Persekutuan). Selain itu, Akta Orang Asli 1954 (AOA) merupakan akta khusus untuk perlindungan dan pembangunan Orang Asli. AOA disifatkan sebagai akta yang dibentuk mengikut acuan penjajah dan terus kekal efektif terhadap Orang Asli hingga hari ini. Akta ini mempunyai 19 seksyen merangkumi definisi Orang Asli, pelbagai hak Orang Asli dan pentadbiran JAKOA terhadap Orang Asli seperti yang diperincikan dalam bahagian hak penentuan kendiri di bawah undang-undang antarabangsa secara khusus.

Selain AOA, terdapat pelbagai akta lain juga berkaitan dalam mengupas tentang hak penentuan kendiri Orang Asli. Di samping itu, terdapat pelbagai dasar yang diperkenal oleh kerajaan bagi menyokong perlindungan terhadap Orang Asli. Antara polisi utama yang dikenal pasti adalah Kenyataan Dasar mengenai Pentadbiran Orang Asli di Persekutuan Tanah Melayu, 1961 (Statement of Policy Regarding the Administration of the Aborigine Peoples of the Federation of Malaya, 1961). Selain dasar, perkembangan kes undang-undang turut membantu dalam memberi perlindungan kepada Orang Asli khususnya melalui penerimaan prinsip common law.

Hak penentuan kendiri merupakan prinsip teras yang mendasari keseluruhan peruntukan Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (DHOA) (E/CN.4/1998/106). Pengiktirafan hak penentuan kendiri meliputi dimensi hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan pembangunan kebudayaan orang asal (E/CN.4/1997/102). Takrifan hak penentuan kendiri yang terpakai kepada orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Perbincangan buku ini turut melibatkan hak penentuan kendiri semua “orang” diikuti hak penentuan kendiri kepada semua orang asal yang dikupas menurut perspektif kerajaan, orang asal dan pandangan pakar undang-undang antarabangsa. Kesimpulannya, pengiktirafan hak penentuan kendiri Orang Asli dilihat sebagai aspek yang sangat penting agar hak Orang Asli dapat diberi pengiktirafan dan perlindungan sewajarnya.

Senarai Jadual
Senarai Kes
Senarai Statut
Senarai Singkatan
Prakata

1. Orang Asli di Semenanjung Malaysia
2. Orang Asli pada Era Penjajahan
3. Kerangka Perundangan Berkaitan Orang Asli
4. Hak Penentuan Kendiri di Bawah Undang-undang Antarabangsa
5. Hak Penentuan Kendiri Orang Asal
6. Malaysia dan Obligasi Undang-undang Antarabangsa
7. Autonomi Orang Asli
8. Pembangunan Ekonomi Orang Asli
9. Izin Maklum Awal Bebas Telus
10. Hak Penentuan Kendiri Orang Asli: Realiti atau Fantasi?

Rujukan
Indeks

Weight0.237 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.