Out of stock

65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986)

MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL ialah Profesor Madya dan Ketua Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2023)
393 halaman termasuk Indeks

RM150.00

Out of stock

ISBN: 9789674882617 Product ID: 36125 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986) memperincikan kronologi babak rock yang berlaku di peringkat nasional bermula dari era 1950-an hinggalah permulaan glam rock Melayu pada tahun 1986, didukung dengan penyelidikan dasar melibatkan temu bual dengan 187 informan dan sekitar 15 ribu sumber arkib. Buku ini bukan sahaja cuba menelusuri sejarah rock di Malaysia namun usaha menulis semula sejarah dan memperbetulkan beberapa kekeliruan. Babak, insiden dan aktor yang dilupakan dalam sejarah perdana dibawa semula ke pengetahuan umum untuk didendangkan. Tidak wujudnya keraguan yang rock barangkali merupakan antara muzik popular yang paling berpengaruh di Malaysia. Ia telah menempa epok dan kontroversi tersendiri. Namun sehingga kini, tidak wujudnya satu bacaan berautoriti yang dapat menghamparkan perkembangan yang berlaku dalam babak muzik itu sejak 65 tahun yang lepas. Keterbatasan pemahaman mengenai apa yang dianggap “rock” juga menyebabkan muzik itu hanya difahami sebagai genre yang bermula pada era 1980-an. Buku siri pertama ini merupakan jawapan terhadap persoalan-persoalan di atas.

Sering kali, terlalu banyak tumpuan diberikan kepada pemuzik, komposer ataupun penulis lirik. Buku ini bagaimanapun melihat rock sebagai sebuah ekosistem. Bermaksud, muzik rock didukung oleh banyak pihak yang memainkan peranan bersepadu dan tidak sekadar berlingkar dalam ruang album atau konsert. Menggunakan pendekatan dokumentari, pembaca akan dibawa masuk ke setiap zaman yang diperkatakan dan membaca sendiri luahan-luahan dari para aktor yang mengambil bahagian. Pembaca tidak hanya membaca mengenai sejarah atau perkembangan babak rock tetapi juga latar politik dan perubahan budaya yang menyelubungi masyarakat Malaysia dari satu era ke satu era. Ditulis dengan pendekatan separa ilmiah dan tidak ketat, buku ini mampu ditekuni dan ditelaah oleh segenap lapisan masyarakat—dari pengikut atau pengamat veteran sehinggalah ke generasi milenial. Penggunaan sekitar 255 keping foto, artikel dan dokumen berkaitan turut menambah kesan visual pembaca mengenai sesuatu isu atau episod yang diperkatakan. Bagi peminat muzik umumnya dan peminat rock khususnya, buku ini merupakan dokumentasi komprehensif pertama bagi sebuah genre muzik yang sering menerima perhatian untuk sebab yang betul mahupun untuk sebab yang salah.

Senarai Rajah, Jadual dan Ilustrasi
Nota Panduan
Prakata

BAHAGIAN 1: TAKRIFAN, KLASIFIKASI DAN KEDUDUKAN ROCK DI MALAYSIA

Pengenalan
Antara Rock dan Metal
Antara Muzik Rock dan Budaya Rock
Antara Rock Progresif dan Rock Konvensional
Rock Komersil
Rock Kapak dan Rock Kangkang
Glam Rock Melayu
Tipologi 65 Tahun Muzik Rock di Malaysia
Nota

BAHAGIAN 2: ERA FORMASI: ROCK PROTO DAN POP YEH-YEH (1955-1969)

Pengenalan
Rock Proto (1955-1963)
Pop Yeh-Yeh (1964-1969)
Rock dan Kepanikan Moral (1)
Kejatuhan dan Impak Pop Yeh-Yeh
Nota

BAHAGIAN 3: ERA EKSPERIMENTAL (1): ROCK UNDERGROUND DAN ROCK LUNAK (1970-1977)

Pengenalan
Rock Psychedelic, Rock Asid dan Woodstock 1969
Rock dan Kepanikan Moral (2) — Hippies, Ganja dan Kelucahan
Rock Underground Malaysia 1970-1974
Woodstock Cheras 1972
• The Gypsies
• Woodstock Cheras 1972 sebagai “urban legend”
• Motivasi penganjuran, lokasi dan demografi penonton
• Kumpulan mana yang sebenarnya bermain?
• Lagu dan suasana persembahan
• Kontroversi
• The Gypsies Selepas Woodstock
Konsert Santana 1973
Juara Kugiran RTM 1969-1973
• Muzik-Muzik-Muzik 1969
• Juara Kugiran 1970
• Juara Kugiran 1972
• Juara Kugiran 1973
Rock Underground di Universiti Malaya: The Bomb (1973-1977)
Rock Underground di Institut Teknologi MARA: “Mafia Mara”
Rock Lunak (1975-1977)
Nota

BAHAGIAN 4: ERA EKSPERIMENTAL (2): BLUES DAN ROCK KLASIK (1978-1985)

Pengenalan
Blues Gang dan Letusan Blues
• Konsert Rhythm & Blues 1978 (Mengenang Ayub Aman)
• Sidang Blues — Pesta Budaya New Straits Times 1978
• Konsert Rock WEA 1979
• Album Pertama Blues Gang 1979
Kemunculan Sweet Charity
Sisipan (1) — Turut Mencuri Perhatian
• Split Times
• Kingdom in Rock
• The Unwanted
Ali Bakar dan Showmasters
Konsert Ian Gillan 1982
Konsert Climax Blues Band 1983
dR Sam Rasputin dan Reggae
Sidang Rock 1983
Konsert Uriah Heep 1983
Weekly Rock Festival 1983
“Penjajahan” Blues Gang 1981-1983
• Konsert Arau
• Konsert Parit Buntar 1982 dan Kuala Pilah 1983
Konsert Raksasa Blues Gang-Sweet Charity 1984
Persilangan Babak (1): Breakdance dan Punk
Kembalinya Pop Yeh-Yeh 1985-1986
Search & Cinta Buatan Malaysia (1985)
Febians — “Lipat dan Sarkas”
“Ipoh Mali” — Bees Band & Syj Klasik
Sisipan (2): Headwind, Upsetters, Headlights dan Hellions
Rock Klasik di Menara Gading — Institut Teknologi MARA
• Kumpulan Blitzkrieg, ITM Jalan Othman
• Konsert Lefthanded & Febians
• Mix Blood
Kepanikan Moral (3): Pembatalan Konsert Sudirman dan Konsert Scorpions 1985
Nota

BAHAGIAN 5: BABAK KELAB: THE RED ROOSTER DAN LAIN-LAIN

Pengenalan
The Red Rooster
• Pengasas The Red Rooster: Chippy Zari
• Pelancaran The Red Rooster
• dr Sam & The Clinic
• Nalberries & Upsetters
• Kemunculan Search
• “Woodstock Every Night”
• 1984: Kemasukan Kumpulan-Kumpulan Glam Rock
• Legasi dan Konsert Penyatuan Semula 2011
Hard Rock Cafe (Tiruan)
Zulkiff, Headwind dan The Club Med
Bier Keller
Kathys Lounge
Lain-Lain Lokasi Tumpuan
Dominasi Kumpulan Filipina dan Kemampuan Pemuzik sebagai Penghibur “Live”
Mengenang Pemuzik Kelab Malam
• Harun Santana
• Zainal Grand Funk
• Zainal Rampa
• Lord Lokman
Nota

BAHAGIAN 6: TRANSISI KE GLAM ROCK MELAYU: DARI PANGGUNG ANNIVERSARI & KEMBARA SENIMAN JALANAN (1985-1986)

Pengenalan
Konsert dari Panggung Anniversari
Kembara Seniman Jalanan: The Angry Young Men
• M. Nasir: Dari Kembara ke Kembara
• Zarul Al-Bakri, Ito dan dr Sam
• Pyanhabib: Enigma “Osman Tikus”
• Nasir Jani: “Oliver Stone”
• Realisme dan Surrealisme dalam KSJ
• Konsert Cetak Rompak di Panggung Anniversari
• Kontroversi dan Kontroversi
• Dari Kutu ke Kultus
• Rozana Cinta 87
Nota

BAHAGIAN 7: ERA PELANCARAN GEAM ROCK MELAYU: BATTLE OF THE BANDS DAN JUARA-JUARA ROCK (1986)

Battle of the Bands (Februari-September 1986)
• Latar Penganjuran
• Pusingan 1, Konsert 1 — Stadium Negara, 2 Februari 1986
• Pusingan 1, Konsert 2 — Stadium Indera Mulia, Ipoh, 5 April
• Album Pertama BOTB dan Promosi TV3
• Konsert Pusingan Kedua, Stadium Negara, 31 Julai 1986
• Stadium Indera Mulia, Ipoh, 2 Ogos 1986
• Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, 8 Ogos 1986
• Stadium Darul Makmur, Kuantan, 10 Ogos 1986
• Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, 2 September
• Dewan Persatuan Hokkien, Klang, 4 September
• Padang RTM Johor Bahru, 7 September 1986
• Astaka Majlis Daerah Segamat Utara, 8 September 1986
Kepanikan Moral (4): Pengharaman Konsert Rock 1986
Di Belakang Tabir Battle of the Bands
• Tentang Pengangkutan
• Tentang Kru BOTB dan Percintaan Awie dengan adik Hamdan Triumph (Bloodshed)
• Tentang SYJ
• Tentang Ella
• Tentang Rahim Maarof & Whitesteel
• Tentang Hamdan Triumph dan Memorabilia BOTB
• Tentang Ali Bakar
• Tentang Persahabatan
Lokman Junit dan Juara-Juara Rock Siri 1 1986
• Lokman Junit — Pengasas Juara-Juara Rock (JJR)
• Juara-Juara Rock Peringkat Johor 1986
• Saringan Peringkat Negeri dan Konsert Prebiu 10-14 Jun 1986
• Pertandingan Akhir, Hollywood East 1 November 1986
• Rakaman Album
• Konsert Juara-Juara Rock
• Dari Album Penuh ke Penyatuan Semula 30 Tahun
Hilang Dan Ditemui Selepas 35 Tahun: Pereka Sampul Album Rock — Boul @ Hizbullah
Nota

BAHAGIAN 8: TEMPIAS SINGAPURA DAN MENUTUP TIRAI 1986

Tempias Babak Rock Singapura
Konsert Polis Singapura 1985 yang Bersejarah
Pertumbuhan Pertandingan Muzik Berkumpulan
Kekecohan Heavy Metal Festival 8 November 1986
Kemunculan Rusty Blade
Kemunculan Wings dengan “Konsert Pop”
Faizal Hussein & Starchild di Borneo
Persaingan Search dan Lefthanded
Pengenduran Pengharaman Konsert Rock
Nota

Penghargaan
Menemui Pembaca dalam Siri 2
Nota Penulis
Indeks

Weight1.144 kg
Dimensions28 × 21.5 × 2.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.