Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India

MD. AFANDI AWANG merupakan penyelidik dan sarjana Pengajian India, dan telah melengkapkan PhD beliau di Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2006)
188 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

In stock

ISBN: 9789831002902 Product ID: 36199 Subject: Sub-subjects: , ,

Komunalisme: Kesannya ke atas Peradaban India mengungkapkan persoalan komunalisme yang berlaku di India dan sebab-sebab kemunculan komunalisme, serta membandingkan pemikiran pemikiran Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi. Terdapat banyak tulisan yang membincangkan hal ini, terutama oleh para pengkaji sains sosial, sama ada oleh para sarjana India sendiri mahupun para pengkaji Barat. Kebanyakan tulisan tersebut membincangkan mengenai gejala dan sebab-musabab tindakan komunalisme. Namun, belum ada yang membahaskan berdasarkan pemikiran Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi, dua tokoh India terkenal. Sir Syed Ahmad Khan, berjuang untuk kesejahteraan masyarakat India Muslim setelah kemerosotan empayar Mughal dan kejatuhan empayar berkenaan selepas pemberontakan Sepoy 1857. Manakala Mahatma Gandhi, adalah tokoh kebangsaan India dan bapa kemerdekaan, yang mengabdikan hidupnya berjuang untuk membebaskan India daripada penjajahan British.

Kajian tentang komunalisme ini, difokuskan untuk mengetahui sebab-sebab utama mengapa komunalisme berlaku di India dengan membuat perbandingan terhadap pemikiran dua orang tokoh India yang dikenali ramai, iaitu Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi. Pemikiran dua orang tokoh ini dikaji untuk mengetahui sama ada kesan daripada pemikiran mereka mendorong dan menguatkan komunalisme di kalangan masyarakat India yang beragama Islam dan Hindu. Hal ini memandangkan dua orang tokoh berkenaan, lahir, membesar, berkarya, berjuang dan mati di India Utara. Justeru kebanyakan insiden rusuhan komunal antara masyarakat Hindu dan Islam dilaporkan berlaku di beberapa buah negeri di India Utara dan Tengah seperti Jammu & Kashmir, UP, Bihar, Bengal Barat, Ranchi (Jharkhand), Rajpur (Chhattisgarh), Orissa, Madhya Pradesh, Haryana, Rajasthan, Gujarat, Maharashtra dan Hydrabad (Andhra Pradesh). Walau bagaimanapun tidak dinafikan, bahawa komunalisme juga telah merebak ke India Selatan seperti di negeri Tamil Nadu dan Kerala.

Dari aspek sejarah, komunalisme timbul daripada bibit prejudis budaya yang telah dimainkan oleh penjajah British, khasnya pada tahun 1857. Orang Islam tidak memakan daging babi, manakala orang Hindu tidak memakan daging lembu. Peluru senapang enfield yang digunakan oleh tentera British pada masa itu dikatakan dilumuri dengan kedua-dua lemak binatang berkenaan bagi tujuan melincirkan daya tembakan. Disebabkan berasa terhina, tentera India Muslim dan Hindu bangkit menentang British yang membawa pertumpahan darah. Peristiwa itu dikenali sebagai “Pemberontakan Sepoy 1857” yang merupakan titik penentangan rakyat India terhadap penjajah Inggeris yang menindas mereka. Dasar pecah perintah penjajah, menyemarakkan komunalisme dengan segala akibatnya, sehingga India mencapai kemerdekaannya pada tahun 1947. Ironisnya, selepas merdeka sehingga di zaman moden ini, India masih dibelenggu kekacauan dan rusuhan kaum, terutama antara dua masyarakat Hindu dan Islam.

Sebab-sebab kemunculan komunalisme dikaji berasaskan sejarah dan latar belakang sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik dan sosio-agama masyarakat India. Faktor-faktor ini dianggap faktor utama pencetusan dan kewujudan berterusan komunalisme di India, sehingga dianggap begitu sukar untuk dibanteras ke akar umbinya. Hal ini, akan menjejaskan peradaban India secara jangka panjang. Di akhir perbincangan, dirumuskan bahawa komunalisme di India bukan bawaan daripada zaman yang dikaitkan dengan tokoh tertentu seperti Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi, sebaliknya produk zaman moden yang lahir, tumbuh dan berkembang sealiran dengan proses moden itu. Keadaan ini wujud setelah sistem nilai kemasyarakatan yang murni berubah kepada sistem nilai yang lebih cenderung kepada material. Oleh sebab itu, sesetengah sarjana menganggap komunalisme di India merupakan gejala daripada pertentangan kepentingan antara pelbagai golongan, puak dan kasta yang diberi warna agama.

Kata Penghantar
Prakata
Penghargaan

1. Pendahuluan
Pengenalan
Komunalisme dan Permasalahannya
Latar Belakang Komunalisme

2. Konsep Komunalisme
Komunalisme dalam Kerangka Teori
Commune
• Komunal
• Masyarakat Komunalistik
• Komunalisme
Unsur-unsur Komunalisme
Pemikiran dan Perasaan Komunalisme
Komunalisme di Arena Global

3. Latar Belakang Syed Ahmad dan Gandhi
Latar Belakang Sir Syed Ahmad Khan
• Kelahiran dan Pendidikan
• Perubahan Hidup dan Kerjaya
• Perjuangan dan Karya
• Sikap dan Prinsip Hidup
Latar Belakang Mahatma Gandhi
• Kelahiran dan Pendidikan
• Perubahan Hidup dan Kerjaya
• Perjuangan dan Karya
• Sikap dan Prinsip Hidup
• Persamaan dan Perbezaan Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi

4. Pemikiran Sir Syed Ahmad Khan dan Mahatma Gandhi Mengenai Komunalisme di India
Pemikiran Sir Syed Ahmad Khan Mengenai Komunalisme
Pemikiran Mahatma Gandhi Mengenai Komunalisme
Kritikan Terhadap Sir Syed Ahmad Khan
Kritikan Terhadap Mahatma Gandhi

5. Kesan Komunalisme Terhadap Peradaban India
Definisi Kesan dan Peradaban
Unsur-unsur Asas Peradaban
Latar Belakang Masyarakat India
Komunalisme di India Selepas Merdeka dan Puncanya
Ekstremisme Agama
Fahaman Politik Tidak Rasional
Perbezaan Taraf Ekonomi
Warisan Politik Penjajah British
Kesan Komunalisme di India

6. Penutup
Rumusan
Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.29 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.