Teori dan Kritikan Sastera: Penilaian dan Wacana

Disunting oleh KAMARIAH KAMARUDIN

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
260 halaman termasuk Indeks

RM33.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789834937072 Product ID: 36533 Subjects: , Sub-subjects: ,

Teori dan Kritikan Sastera: Penilaian dan Wacana merupakan usaha untuk memugar kembali wacana sastera yang berkaitan teori dan kritikan serta memperlihatkan bahawa aplikasi teori telah digunakan oleh para sarjana dalam pelbagai genre. Pentingnya sastera dan kritikan dalam perkembangan persuratan Melayu tanah air lantaran kewujudan hasil karya yang melimpah-ruah saban tahun. Suatu perkembangan yang menarik dalam dunia sastera Melayu kerana wujudnya pelbagai teori dan pendekatan yang dapat dimanfaatkan dalam dunia kritikan. Barisan teori dan pendekatan sesungguhnya merupakan kayu ukur untuk menilai usaha dan upaya yang telah dilakukan oleh para pengarang dalam mewarnai wajah kesusasteraan Melayu tanah air. Penelitian yang dikemukakan oleh para pengkaji memperlihatkan hubungan pengarang dengan teks, dan teori atau pendekatan dapat menggembleng dunia kritikan dengan lebih terbuka luas untuk renungan para pencinta sastera, dan aneka pembaca. Hubungan antara sastera dengan Islam, alam Melayu, dan dunia Barat yang rentang telah dituangkan oleh para pengkaji dalam kajiannya untuk dijadikan tambangan harapan dan percikan perjuangan dalam tradisi keilmuan. Perbahasan yang dihidangkan dalam buku ini dapat dibahagikan kepada tiga cakupan, iaitu tentang teori sastera dan pembugaran, sastera Islam dan penghayatan, dan karya sastera dan pendidikan.

Prakata
Pendahuluan

1. Membina Sebuah Teori Sastera Melayu: Nota-nota Pengalaman
Muhammad Haji Salleh

2. Teori dan Kritikan: Penilaian dan Wacana Dinamika dalam Sastera Melayu
Mana Sikana

3. Buku Kanak-kanak: Suatu Analisis Unsur Estetika
Kaithiri Arumugam

4. Estetika dalam Kesusasteraan Melayu dan Islam
A. Halim Ali

5. Teori Barat dan Pengaplikasiannya dalam Karya Sastera Melayu
Mohamad Saleeh Rahamad

6. Pendakwah Sastera: Pentingnya Karya Sastera Berunsur Islam dalam Pembinaan Sahsiah
Kamariah Kamarudin

7. Komunikasi Perspektif Islam dalam Syair Alif Ba Ta
Roslina Abu Bakar

8. Perwatakan Wanita Melayu Muslimah dalam Novel Ombak Rindu Karya Fauziah Ashari Berdasarkan Konsep Feminisme Talbiah
Ida Roziana Abdullah

9. Pembinaan Teori Sastera Tempatan: Menelusuri Pemikiran Melayu-Islam
Hamzah Hamdani

10. Novel Sastera Abad ke-21 Mencapai Nilai Didaktik atau Mengejar Komersial: Tumpuan pada Karya Popular
Hafizah Iszahanid

Indeks

Weight0.321 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 1.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.