Falsafah dalam Karya Sastera Tradisional

Disunting oleh JELANI HARUN

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
462 halaman termasuk Indeks

RM57.00

In stock

ISBN: 9789834935207 Product ID: 36535 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Falsafah dalam Karya Sastera Tradisional bermatlamat untuk membicarakan semula persoalan falsafah Melayu serumpun seperti yang tersurat dan tersirat dalam pelbagai bentuk hasil kesusasteraan yang lahir daripada sejarah dan tradisi kepengarangan alam Melayu meliputi persoalan yang berhubungan dengan nilai, kepercayaan dan kerohanian. Ketinggian pemikiran pengarang silam selaku pujangga dan cendekiawan banyak memancarkan asas falsafah bangsa yang perlu diketengahkan semula untuk penghayatan generasi masa ini dalam mengharungi peredaran zaman. Falsafah yang menzahirkan kekuatan intelek dan akal budi bangsa perlu sentiasa dipupuk dan diwacanakan secara ilmiah sebagai bahan pencerahan minda masyarakat yang kian terdedah kepada arus pemikiran global tanpa sempadan. Oleh itu, persoalan falsafah Melayu dalam buku ini bukan hanya menilai semula hasil kesusasteraan, tetapi pada masa yang sama mengetengahkan isu-isu semasa dalam pemahaman dan pengukuhan falsafah Melayu berdasarkan hasil kesusasteraan dan pemikiran sarjana tempatan kontemporari.

Alam Melayu memiliki asas-asas falsafah kehidupan yang tersendiri dan berbeza berbanding dengan masyarakat lain. Falsafah Melayu membentuk cara berfikir dan bertindak bagi masyarakat Melayu warisan leluhur, membina ciri-ciri keperibadian bangsa Melayu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Telah sekian lama juga masyarakat Melayu berpegang kukuh pada falsafah hidup berkeluarga, bermasyarakat, beragama dan bernegara yang tahan zaman dan lestari dalam menghadapi cabaran zaman. Pada masa yang sama, dunia sentiasa berubah, dan demikian juga corak berfikir masyarakat Melayu yang tidak statik, sebaliknya bergerak mengikut alun perubahan demi perubahan atas nama kemajuan dan kemodenan hidup. Banyak daripada falsafah hidup lama masyarakat Melayu mula dipersoalkan kembali oleh orang Melayu dengan alasan demi mencari “kebenaran” tentang makna sebenar falsafah hidup Melayu itu sendiri. Adakah falsafah kesetiaan Hang Tuah pada abad ke-18 yang lalu masih relevan lagi pada abad ke-21 ini? Jawapan kepada persoalan ini memerlukan kajian-kajian yang mendalam dalam menilai semula falsafah Melayu agar membuahkan hasil dapatan yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat.

Prakata
Pengenalan

1. Falsafah dan Pemikiran Melayu: Suatu Renungan Berasaskan Karya Hamzah Fansuri dan Tun Seri Lanang
Md. Salleh Yaapar

2. Falsafah, Budi, Adab dan Kesantunan Melayu: Sastera sebagai Wadah Pendidikan
Hadijah Rahmat

3. Citra Manusia dalam Manuskrip Melayu
Titik Pudjiastuti

4. Cinta dan Perkasihan: Sebagai Ilmu dan Amalan Menurut Naskhah Melayu Tradisional
Harun Mat Piah

5. Nilai Murni dalam Syair Perang Mengkasar
Zubir Idris

6. Kuasa dan Manifestasi Kuasa: Syair Perjalanan Sultan Lingga dan YTM Riau Pergi ke Singapura dan Peri Keindahan Istana Sultan Johor yang Amat Elok
Kartini Anwar

7. Estetika dalam Surat-Surat Melayu: Keindahan yang Diabaikan
Ab. Razak Ab. Karim

8. Surat Diraja Melayu Patani Bersemayam di London: Kajian dari Segi Etos dan Estetika
Rattiya Saleh

9. Nilai-Nilai Kebruneian dalam Sastera Tradisional Brunei: Daripada Tradisi Lisan kepada Tulisan
Maslin Haji Jukim

10. Laut dan Darat dalam Mantera Melayu: Bersatu dan Menyatu
Ramlee Haji Tinkong

11. Penerapan Nilai Jawa dalam Cerita-Cerita Panji
Noriah Mohamed

12. Wahdatul Wujud dalam Puisi Indonesia Moden: Mendiskusikan Puisi Emha Ainun Nadjib
Jamal D. Rahman

13. Pengkaedahan Melayu dalam Pembinaan Modal Insan
Hashim Awang

14. Yang Indah-Indah: Sebuah Estetika daripada Gema Bahasa dan Gemilang Makna
Muhammad Haji Salleh

15. Citra Falsafah Melayu Serumpun: Sulalatus Salatin sebagai Karya Agung Nusantara
Jelani Harun

Indeks

Weight0.552 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 2.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.