Out of stock

MSS1563 Hikayat Nabi Adam

Penulisan bersama NURUL NASUHA MOHD ROSLE dan ZUBIR IDRIS

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2022)
171 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Out of stock

MSS1563 Hikayat Nabi Adam merupakan satu teks manuskrip yang dihasilkan berbentuk prosa yang menceritakan tentang sejarah dan asal-usul kejadian Nabi Adam. Manuskrip ini berunsur Islam kerana mengandungi kisah kejadian bumi dan manusia paling awal dijadikan Allah iaitu Nabi Adam. Naskhah ini juga menceritakan tentang kemuliaan Nabi Adam dan riwayat hidupnya bersama Siti Hawa. Selain itu, naskhah ini turut mengandungi pengajaran dan iktibar melalui peristiwa-peristiwa yang terkandung di dalamnya. Penggunaan ayat al-Quran banyak terdapat di dalam manuskrip ini sebagai bukti kebenaran cerita yang terkandung di dalamnya dan melambangkan keislaman yang wujud dalam masyarakat Melayu dahulu.

Naskhah Hikayat Nabi Adam yang digunakan untuk kajian ini merupakan sebuah naskhah yang sudah lama. Naskhah ini menggunakan tulisan tangan sepenuhnya dengan tulisan jawi lama. Tulisan naskhah ini kemas, konsisten dan mudah dibaca. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil bahagian naskhah yang tidak dapat dibaca kerana berlaku kerosakan pada kertas manuskrip yang ada. Naskhah ini mempunyai 40 lembaran tetapi tidak ditulis nombor halaman pada setiap lembaran. Namun, pada bahagian bucu bawah sebelah kiri setiap halaman dicatatkan perkataan pertama yang menyusul pada halaman berikutnya. Setiap lembaran terdiri daripada 24 sehingga 26 baris tulisan. Naskhah ini turut menggunakan aya al-Quran bagi menyatakan sesuatu firman atau peristiwa. Daripada naskhah ini juga, dapat dilihat bahawa Hikayat Nabi Adam dikarang pada tahun 1265.

Senarai Gambar & Rajah
Senarai Singkatan
Prakata

1. Manuskrip Melayu dan Genre Sastera Hikayat
2. Latar Belakang Naskhah MSS1563 Hikayat Nabi Adam
3. Pengkaedahan Keagamaan Menerusi Pendekatan Dakwah Berdasarkan Hikayat Nabi Adam
4. Transliterasi Naskhah MSS1563 Hikayat Nabi Adam

Lampiran
Glosari
Rujukan
Indeks

Weight0.264 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.