Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10

ABDULLAH CD atau nama sebenarnya, Che Dat bin Anjang Abdullah lahir 2 Oktober 1922 merupakan seorang ahli Parti Komunis Malaya (PKM).

SIRD (Cetakan Semula, 2023)
276 halaman termasuk Indeks

RM45.00

In stock

Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 secara khusus memfokuskan kepada perjuangan bersenjata menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya yang bermula pada bulan Jun 1948. Secara umum bolehlah disimpulkan perjuangan bersenjata anti-British adalah akibat wajar dari penindasan British secara kekerasan ke atas pergerakan rakyat yang berjuang menentangnya. Juga la hasil kesedaran nasional dan patriotik rakyat Malaya yang mula berkembang sejak tahun 1930-an. Perang Dunia Kedua telah mempertingkatkan kesedaran tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Selepas tamat perang tersebut, gerakan kemerdekaan yang diterajui oleh PKM, PKMM, API, AWAS, BTM, kesatuan-kesatuan buruh dan lain-lain terus berkembang. Sesuai dengan tajuk Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah CD tidak hanya menubuhkan Rejimen Ke-10, tetapi juga telah memimpin pasukan itu melancarkan perjuangan susah payah menentang kekuasaan penjajah British. Pada tahun 1953, beliau memimpin pasukan Rejimen Ke-l0 menempuh berbagal rintangan dan tiba di kawasan sempadan Malaya-Thal dengan jayanya. Sejak itu beliau pula bertungkus lumus memimpin pasukan membangun basis kawasan sempadan demi meneruskan perjuangan sehinggalah wujudnya perjanjian damai di Hadyai pada 2 Disember 1989.

Senarai Gambar
Senarai Singkatan
Sekapur Sirih untuk Cetakan Kedua
Kata Pengantar

33. Nasionalisme Sekitar Perang Dunia Kedua
34. Kampung Baru Pusat Gerakan Kemerdekaan
35. Sekolah Politik-Militer Kem Se-Malaya
36. Undang-undang Darurat
37. Ujian Revolusi
38. Pasukan Asas
39. Rejimen Ke-10
40. Unit Rejimen Ke-10 di Luar Pahang
41. Harungi Ujian Perjuangan
42. Perkembangan di Temerloh
43. Tahap Baru Perjuangan Kemerdekaan
44. Kader-Kader India Yang Saya Kenal
45. Pangkalan Pahang Timur dan Pahang Selatan
46. Sedikit Tentang Pangkalan di Bera
47. Peristiwa-Peristiwa Sekitar 1951-1953
48. Rashid Maidin Sertai Revolusi Bersenjata
49. Pahlawan Rejimen Ke-10
50. Perpindahan Strategik

Indeks
Apresiasi Memoir Abdullah CD

Weight0.448 kg
Dimensions22.9 × 15.1 × 1.5 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author