Dialek Melayu Hulu Pantai Timur Semenanjung Malaysia

MOHD TARMIZI HASRAH ialah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
378 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM65.00

In stock

ISBN: 9789834937294 Product ID: 37393 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Dialek Melayu Hulu Pantai Timur Semenanjung Malaysia membahaskan dua isu utama, iaitu perbezaan ciri linguistik dialek-dialek Melayu di kawasan hulu dan di kawasan hilir; dan hubungan antara dialek-dialek Melayu hulu di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Berasakan kerangka dialektologi diakronik dan linguistik sejarawi, dua isu yang dibahaskan ini merumuskan bahawa walaupun dialek-dialek hulu yang dikaji memiliki ciri khusus masing-masing yang membolehkannya membentuk cabang tersendiri dalam model rajah pohon, namun kewujudan ciri khusus tersebut berkembang daripada dialek (yang diistilahkan sebagai pradialek) yang mengekalkan beberapa ciri bahasa dan dialek purba. Maksudnya, inovasi fonologi dialek-dialek Melayu hulu di pantai timur Semenanjung Malaysia berkembang daripada sistem fonologi pradialek yang dinyatakan.

Kesimpulan seperti ini sangat memberikan ruang pada lagu sejarawi yang menegaskan bahawa pada suatu ketika dahulu orang yang kini bertutur dalam dialek Melayu hulu Pahang, dialek Melayu hulu Kelantan, dialek Melayu hulu Terengganu dan dialek Melayu hulu Tembeling pernah bertutur dalam dialek yang serupa. Mungkin pradialek ini boleh sahaja digelar secara tentatif sebagai dialek Melayu hulu pantai timur Semenanjung purba. Keserupaan menuturkan pradialek ini mungkin terjadi setelah penutur bahasa Melayu purba yang sampai di Semenanjung Malaysia dari Sumatera (dari Borneo sebelumnya) sebahagiannya tersebar ke kawasan hulu pantai timur Semenanjung Malaysia, Akibat perkembangan masa dan sekatan geografi, maka penutur dialek tersebut menyerlahkan ciri khusus dialek masing-masing. Analisis dan kesimpulan buku ini membuka ruang perbincangan baharu tentang gejala penyebaran dialek-dialek Melayu dan pembongkaran aspek sejarawinya.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Lambang
Senarai Simbol Fonetik
Penghargaan
Prakata
Senarai Singkatan

1. KAWASAN HULU DAN DIALEKTOLOGI
Takrif “Kawasan Hulu”
Dialek, Ruang dan Kawasan Hulu
Keunikan Dialek di Kawasan Hulu
Gejala Inovatif dan Konservatif Kawasan Hulu dan Pedalaman
Gejala Umum Inovatif dan Konservatif
Dialek Melayu di Lembangan Sungai Pahang
Dialek Melayu di Lembangan Sungai Kelantan
Dialek Melayu di Lembangan Sungai Terengganu

2. PEMERIAN FONEM DIALEK MELAYU KAWASAN HULU PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA
Pemerian Sistem Fonem
Inventori Fonem dan Fonotaktik Dialek Melayu Kawasan Hulu Pahang
Inventori Fonem dan Fonotaktik Dialek Melayu Kawasan Hulu Kelantan
Inventori Fonem dan Fonotaktik Dialek Melayu Kawasan Hulu Terengganu
Inventori Fonem dan Kekangan Fonotaktik Dialek Melayu Kawasan Hulu Tembeling

3. BAHASA PURBA DAN REKONSTRUKSI PRADIALEK KAWASAN HULU PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA
Evolusi Bahasa dan Dialek
Bahasa Melayu Purba
Refleks Fonem Bahasa Melayu Purba
Rekonstruksi Pradialek
• Rekonstruksi Konsonan
• Separuh Vokal
• Konsonan Rangkap
• Rekonstruksi Vokal
• Rekonstruksi Diftong

4. PROSES DAN PERKEMBANGAN SISTEM FONOLOGI DIALEK MELAYU KAWASAN HULU PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA
Sistem Fonologi Dialek Melayu Kawasan Hulu
Perkembangan Sistem Fonologi Bahasa
• Melayu Purba
• Konsonan
• Separuh Vokal
• Vokal
Inovasi Fonologi Pradialek di Kawasan Hulu Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Perkembangan Sistem Fonologi Pradialek Kawasan Hulu Pantai Timur Semenanjung Malaysia
• Konsonan
• Pemanjangan Segmen Akhir Kawasan Hulu Pahang
• Hentian Glotis Akhir Kawasan Hulu Tembeling

5. PENGELOMPOKAN DIALEK-DIALEK MELAYU KAWASAN HULU PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA
Takrifan Pengelompokan Dialek-dialek Melayu
Dialek Kawasan Hulu dan Dialek Kawasan Hilir
Dialek Melayu Kawasan Hulu Pahang dan Dialek Melayu Pahang
Dialek Melayu Kawasan Hulu Tembeling dan Lembangan Sungai Pahang
Dialek Melayu Kawasan Hulu Kelantan dan Dialek Melayu Kelantan
Dialek Melayu Kawasan Hulu Terengganu dan Dialek Melayu Terengganu
Persamaan dan Perbezaan Dialek-dialek Kawasan Hulu
Pengelompokan Semula
Kelainan Pengelompokan yang Sedia Ada
Dialek Konservatif Lawan Dialek Inovatif
Isu Dialektologi Melayu di Malaysia
Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.467 kg
Dimensions21.6 × 13.9 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author