Bangsa Melayu: Konsep Bangsa Melayu dalam Demokrasi dan Komuniti, 1945-1950

ARIFFIN OMAR kini berkhidmat di Penang Institute dan kajian penyelidikan beliau menumpukan negara, nasionalisme, perhubungan kaum dan kebebasan agama. Beliau juga adalah mantan ahli senat yang mewakili Pulau Pinang di parlimen Malaysia (2012–2015).

SIRD & Penang Institute (Cetakan Ketiga, 2023)
318 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM38.00

Only 1 left in stock

Bangsa Melayu: Konsep Bangsa Melayu dalam Demokrasi dan Komuniti, 1945-1950 menumpukan perhatian kepada perbezaan asas dalam pemikiran dan sikap antara kedua-dua kumpulan Melayu yang telah membawa kepada hasil politik yang amat berbeza di Malaysia dan Indonesia. Tempoh selepas Perang Dunia Kedua amat kritikal dalam pembinaan semula masyarakat Asia Tenggara. Bangsa Melayu merupakan kajian baru berkenaan ideologi politik dalam dua masyarakat Melayu yang berkongsi persamaan dan perbezaan sewaktu mengalami pergolakan politik ini, iaitu di Tanah Melayu dan Sumatera Timur.

Sebelum ini, kerajaan—monarki yang diketuai sultan-sultan—memegang kuasa utama dari segi budaya politik dan identiti Melayu. Dengan perkembangan nasionalisme, persoalan terhadap kewarganegaraan dan kemunculan negara-bangsa, jalan alternatif baru mula tersedia bagi masyarakat Melayu. Di Tanah Melayu, bangsa Melayu timbul sebagai tumpuan kesetiaan dan kemasyarakatan yang mula diutamakan lebih daripada kerajaan. Sementara itu, kedatangan satu republik Indonesia yang lengkap telah menyebabkan kejatuhan sistem monarki di Sumatera Timur.

Dalam perbandingan antara Tanah Melayu dan Sumatera Timur, Ariffin menerangi bahawa pemikiran Melayu berkait dengan pesaing UMNO, iaitu Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Ideolog-ideolog ini—antara mereka yang terkenal termasuk Burhanuddin al-Helmy—telah mengajukan visi bangsa Melayu yang lebih terbuka. Mereka menyangkal bahawa orang India dan Cina—jika mereka benar-benar mencintai negara ini—haruslah menunjukkan ‘kesanggupan untuk mengubahkan bangsa mereka kepada bangsa Melayu, dan perubahan ini tidak mengharuskan perubahan agama. Konsep bangsa Melayu, seperti yang dijelaskan oleh penulis, telah gagal—termasuk projek (daripada golongan kiri Melayu) mengenai pan-kepulauan ‘Melayu Raya’ yang berkemungkinan menyatukan kedua-dua lingkungan Belanda dan British ke dalam satu negara-bangsa.

Senarai Jadual dan Peta
Senarai Gambar
Senarai Penyingkatan dan Akronim
Prakata oleh Anthony Milner
Prakata dan Penghargaan

1. Pengenalan
Kerajaan
Di Bawah Kuasa Penjajah: Politik dan Ekonomi
Pembangkitan Awal Nasionalisme di Tanah Melayu
Sumatera Timur: Nasionalisme Indonesia lawan Kepentingan Melayu
Bawah Kuasa Jepun

2. Malayan Union: Krisis Identiti
Hubungan Sino-Melayu Selepas Penjajahan Jepun
Burhanuddin dan PKMM: Alasan untuk Melayu Raya
Malayan Union
Perubahan Revolusi dalam Hubungan antara Pemerintah dan Rakyat
Tumpuan Beralih kepada Bangsa dan Kebangsaan Melayu

3. Sumatra Timur: Republik lawan Kerajaan
Menubuhkan Kerajaan Republik di Sumatera
Kebangkitan Pemuda
Sikap Tunggu dan Lihat
Tugas Sultan Sjarif Kasim
Peningkatan Tekanan ke atas Kerajaan
Rancangan untuk Menghapuskan Kerajaan
Penggunaan Semula Nama Keluarga
Pemerintah Republikan Mengukuhkan Kedudukannya
Pergerakan Islam

4. Persekutuan Tanah Melayu
Perubahan dalam Ideologi PKMM
Perbezaan Persepsi antara UMNO dengan PKMM
Memulihkan Perselisihan antara Raja dan Rakyat
Inisiatif Kembali kepada Rakyat
Cadangan Persekutuan
Penentangan terhadap Cadangan Persekutuan
Melayu Berhaluan Kiri Meneruskan Perjuangannya

5. Negara Sumatera Timur
Comite DIST
Penubuhan Negara Sumatera Timur
Persaingan Etnik
Usaha Kebangkitan Kerajaan
Front Nasional
Persekutuan Sumatera
Republikan Mengumpulkan Momentum
NST Menyertai Republik

6. Demokrasi Melalui Kedaulatan Rakyat
Penerapan Idea Barat dalam Masyarakat Melayu
Aliran Dunia ke Arah Demokrasi
Penggunaan Terhad Kedaulatan Rakyat di Tanah Melayu
Feudalisme lawan Demokrasi: Pemisahan Masa Lepas dengan Masa Kini
Revolusi Amerika dan Perancis sebagai Inspirasi
‘Melunakkan’ Kedaulatan Rakyat di Sumatera Timur
Kesimpulan

7. Bangsa sebagai Tumpuan Identiti
Visi Burhanuddin Terhadap Indonesia Raya
Kebangsaan Melayu: Melayu sebagai Kewarganegaraan
Penekanan ke atas Bangsa, Bukan Kerajaan
Volte-face PKMM
Bangsa Sumatera Timur
Kejayaan Bangsa Indonesia

8. Kesimpulan

Apendiks Biografi
Peta
Bibliografi
Indeks

Weight0.517 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

,

Year Published

  1. Anonymous (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author