Falsafah Kebangsaan Melayu: Ta' Melayu Hilang di Dunia

BURHANUDDIN AL-HELMY (1911-1969) adalah bekas Presiden PAS era awal kemerdekaan, dan juga merupakan antara sosok pejuang kemerdekaan yang terkehadapan dalam sejarah Malaysia.

Transliterasi dan pengenalan oleh ZAID AHMAD

Persatuan Sejarah Malaysia (Cetakan pertama, 2024)
xxviii + 194 halaman termasuk Daftar Kata

RM50.00

In stock

Falsafah Kebangsaan Melayu: Ta’ Melayu Hilang di Dunia merupakan sebuah tulisan Dr. Burhanuddin al-Helmy terbitkan pada tahun 1945, yang menjelaskan polemik jalur pemikiran dalam perjuangan kemerdekaan khususnya berkaitan Islam dan semangat kebangsaan Melayu. Buku ini penting dalam sejarah intelektual bangsa kerana ia merupakan antara yang terawal mengangkat wacana tentang faham kebangsaan Melayu dan Islam. Ia menjadi lebih penting dan bermakna kerana garapan Burhanuddin tentang faham kebangsaan Melayu secara langsung dikaitkan dengan tuntutan Islam dan perjuangan kemerdekaan negara. Karya ini hadir kepada khalayak pembaca saat terdapatnya dalam kalangan masyarakat yang keliru dan kabur fahamannya tentang persoalan ini lebih-lebih lagi dengan berkembangnya faham nasionalisme sekular yang menyulam gerakan pembebasan atau menuntut kemerdekaan. Sementara simpang siur pemikiran yang memicu pelbagai kelompok yang memperjuangkan kemerdekaan, terdapat polemik yang tajam antara Islam yang merupakan pegangan orang Melayu sebagai penduduk majoriti dengan sekelompok pejuang kemerdekaan juga yang menjadikan nasionalisme sebagai landasan yang akarnya adalah dari pengalaman Barat.

Menelaah karya Burhanuddin seolah-olah kita sedang mengikuti sebuah kuliah panjang tentang pelbagai perkara berkaitan Islam dan faham kebangsaan Melayu. Sepintas lalu, dengan merujuk polemik yang berlaku pada waktu itu kelihatannya Islam dan faham kebangsaan Melayu sukar untuk diharmonikan. Hal ini juga ada kaitan dengan pertentangan politik kepartaian pada waktu itu iaitu antara parti yang berasaskan Islam dan parti politik berasaskan kebangsaan/kaum. Persoalannya adakah Islam secara total menolak faham asabiyyah? Apakah dan bagaimanakah huraian kepada pertentangan ini? Persoalan-persoalan ini menerbitkan perasaan ingin tahu dengan lebih mendalam perihal kupasan tentang asabiyyah itu. Semakin luas pembacaan, semakin banyaklah perbahasan yang ditemui berkaitan dengan konsep dan pemahaman tentang asabiyyah.

Bagi Burhanuddin, asabiyyah adalah sifat positif dan selari dengan ajaran Islam selagi mana ia digunakan untuk menegakkan syariat Allah. Sifat ini menjadi jelek apabila ia dizahirkan sebagai taksub perkauman seperti yang di amalkan oleh masyarakat jahiliyah. Politik Islam adalah untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia seperti sabar, pemurah, toleransi dan Jain-lain akhlak yang baik. Beliau melihat kepentingan toleransi dalam mengekalkan kestabilan dalam masyarakat dan mencadangkan kerjasama antara kaum. Beliau memetik ungkapan yang masyhur “cinta negara adalah sebahagian daripada iman” (hubb al-watan mina-‘l-iman) untuk menyokong konsep nasionalismenya. Terdapat empat elemen yang membentuk konsep ini, iaitu akidah, jasmani, bangsa dan tanah air. Keempat-empat unsur ini terletak dalam satu badan fizikal dan tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, secara tabii seseorang itu mempunyai perasaan cinta dan sayang yang kuat terhadap akidah, bangsa dan tanah airnya. Namun, syaratnya ialah perasaan ini mesti dibangunkan mengikut prinsip keadilan (al-‘adalah) dan kesaksamaan.

Pengantar
Pengenalan

Transliterasi Falsafah Kebangsaan Melayu
1. Asal Usul Bangsa Melayu
2. Timbulnya Perkataan “Melayu”
3. Daerah Alam Melayu I
4. Daerah Alam Melayu II
5. Daerah Alam Melayu III
6. Perkembangaan Bangsa Melayu
7. Kebangsaan Dalam Islam I
8. Kebangsaan Dalam Islam II
9. Perjuangan Bangsa dan Kebangsaan I
10. Perjuangan Bangsa dan Kebangsaan II
11. Perjuangan Bangsa dan Kebangsaan Melayu dan Malayan
12. Asas Falsafah Kebangsaan Melayu I
13. Asas Falsafah Kebangsaan Melayu II
14. Asas Falsafah Kebangsaan Melayu III
15. Asas Falsafah Kebangsaan Melayu IV
16. Asas Falsafah Kebangsaan Melayu V
17. Perjuangan Kebangsaan Melayu Hari Ini

Daftar Kata

Weight0.334 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.