Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa

FIRDAUS ZAINAL adalah penulis dan pengkaji pemikiran Melayu.

Ilham Books (Cetakan pertama, 2024)
xiv + 254 halaman termasuk Indeks

RM48.00

Only 1 left in stock

Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa membawa anda menyelusuri sejarah perjuangan bangsa Melayu yang panjang dalam mempertahankan kuasa politik mereka dan bibit-bibit kejatuhan kuasa politik Melayu. Pasca pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), orang Melayu berada di titik yang paling bawah dalam sejarah politik Malaysia apabila mereka tidak lagi menguasai Kerajaan secara hegemoni. Tiada parti Melayu berada dalam kerajaan yang berkuasa seperti yang pernah dinikmati oleh UMNO selama lebih enam dekad. Hal ini menjadikan orang Melayu berada di persimpangan dan dilema sama ada mereka sebenarnya telah kehilangan kuasa politik atau masih berkuasa. Realiti politik sebenar menunjukkan bahawa orang Melayu sebenarnya telah kehilangan kuasa politik mereka selepas mempertahankannya selama lebih enam dekad di bawah penguasaan UMNO sebagai parti Melayu. Namun, segelintir pemimpin Melayu cuba menafikan bahawa orang Melayu telah kehilangan kuasa politik mereka dengan alasan kedudukan Raja-raja Melayu masih utuh dan kedudukan istimewa orang Melayu di dalam perlembagaan masih terjamin.

Buku ini menyanggah pandangan tersebut dengan menghujahkan bahawa kuasa politik sebenarnya tertumpu kepada penguasaan orang Melayu dalam parti, parlimen dan kerajaan. Orang Melayu terhalusinasi dengan bayangan kuasa dan percaya bahawa mereka masih berkuasa kerana kedudukan Raja-raja Melayu dan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan walaupun ia sebenarnya adalah prestij dan hak, bukan kuasa politik. Dalam sistem demokrasi, kuasa politik tertakluk kepada penguasaan majoriti dalam parlimen. Perpecahan orang Melayu kepada beberapa parti menjadikan mereka terdedah kepada persaingan politik yang sengit antara bukan Melayu dan blok politik Borneo dari Sabah dan Sarawak untuk merebut kuasa politik.

Prakata
Pengenalan

1. Kelubung Besar Orang Melayu Hilang Kuasa I
2. Kelubung Besar Orang Melayu Hilang Kuasa II
3. Kuasa Politik Orang Melayu
4. Merebut Kuasa Politik dalam Sistem Demokrasi
5. Kemerosotan Institusi Politik dan Konflik
6. Majoriti Sebagai Sumber Kuasa Bangsa Melayu
7. Majoriti Yang Terpecah
8. Sejarah Berakhirnya Keagungan Kesultanan Melayu Melaka
9. Gema Suara Kebangkitan Melayu: Malayan Union 1946, Kongres Melayu 1957 dan Proklamasi Melayu 2023
10. Bangsa Melayu dalam Ditema

Indeks

Weight0.323 kg
Dimensions20.5 × 13.4 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author