Perempuan Patani menceritakan permasalahan dan cabaran hidup masyarakat Patani dari dalam, dan kisah yang dipaparkan merupakan biasan realiti hidup orang Patani dalam sebuah negara bernama Thailand. Watak utama dalam novel ini merupakan seorang yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya walaupun telah berumur dan berkeluarga. Oleh itu, karya ini menjadi inspirasi kepada para pembaca yang bercita-cita untuk mengejar impian walaupun telah berkeluarga. Karya ini juga memaparkan nilai kekeluargaan yang baik yang boleh diteladani dan dicontohi oleh masyarakat. Novel ini dihasilkan oleh penulis yang berasal dari Pattani, Thailand.
Perempuan Patani
SURAIYA CHAPAKIYA merupakan pensyarah di Fatoni University, Thailand. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia.
DBP (Cetakan pertama, 2024)
224 halaman
RM21.00
In stock
Weight | 0.176 kg |
---|---|
Dimensions | 18.4 × 11.2 × 1.1 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet