Manikam Budi: Yang Memerihalkan Kebijaksanaan Budaya Melayu merupakan sebuah karya akademik Faisal Tehrani, yang menumpukan kepada persoalan akal budi Melayu dan perinciannya dalam teks tradisional. Menurut penulis, kebalikan daripada budi itu tentulah badi. Justeru akal budi adalah ikhtiar yang baik untuk mencapai kesejahteraan masyarakat; keterbalikannya, yakni akal badi pula adalah ikhtiar yang buruk dan merupakan tipu daya. Syahdan, ini bermakna akal budi Melayu adalah perihal kecerdikan atau kebijaksanaan Melayu sementara akal badi Melayu adalah perihal tidak semenggahnya Melayu. Buku ini menyajikan kupasan yang segar mengenai akal budi Melayu dengan menyasarkan perkataan ‘bijak’. Pantun dan metafora lain seperti peribahasa telah dijadikan sandaran pembuktian kehebatan kebijaksanaan Melayu ini. Akal budi melawan akal badi boleh dijadikan asas pertimbangan bagaimana untuk berkelakuan dengan baik melawan sebarang bentuk penipuan yang membawa kepada kemudaratan.
Manikam Budi: Yang Memerihalkan Kebijaksanaan Budaya Melayu
MOHD FAIZAL MUSA (atau penanya Faisal Tehrani) telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk (form) ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya.
INTISARI (Cetakan pertama, 2025)
x + 112 termasuk Bibliografi dan Indeks
Original price was: RM25.00.RM21.00Current price is: RM21.00.
In stock
Prakata
1. Pengenalan
2. Akal Badi Melayu
3. Kearifan Tempatan dan Gastronomi
4. Kearifan Tempatan dan Hak Asasi
5. Kearifan Tempatan dan Kesenian
6. Rumusnya pada Bahasa
Bibliografi
Indeks
Weight | 0.2 kg |
---|---|
Dimensions | 18.1 × 11.2 × 1.2 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
More from this Author
- Out of stock
- Sale!
Kegawatan
This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM30.00 – RM52.00
Reviews
There are no reviews yet