Sosiologi Rasuah: Sifat, Fungsi, Punca dan Pencegahan merupakan sebuah permulaan kepada kajian rasuah yang dibangunkan oleh Syed Hussein Alatas dengan menekankan kepada pendekatan berlandaskan konteks. Rasuah merupakan suatu fenomena yang serba rumit dan berleluasa, yang seringkalinya dikaitkan dengan perubahan sosial. Apakah rasuah perlu dikenal pasti sebagai suatu bentuk jenayah? Apakah ia merupakan suatu bentuk kebejatan yang kita perlu bertolak ansur dan biarkan? Menggunakan pendekatan yang berlandaskan konteks, Alatas menolak banyak hipotesis yang menjelaskan kemenjadian rasuah. Beliau menekankan dengan tegas bahawa masalah ini hanya dapat difahami sekiranya konteks kemenjadian rasuah itu dianalisis dan faktor-faktor yang wujud dikaji untuk melihat hubung kait kepentingannya sama ada dalam menggalakkan atau mengekang rasuah. Sebuah analisis yang sederhana, ilmiah dan tajam mengenai permasalahan rasuah, buku ini seharusnya membuka pandangan baharu dalam memahami dan mengawal masalah sosial yang mendesak ini.
Sosiologi Rasuah: Sifat, Fungsi, Punca dan Pencegahan
SYED HUSSEIN ALATAS dilantik sebagai Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura pada tahun 1967, sebelum menjawat sebagai Naib Canselor di Universiti Malaya pada tahun 1988 sehingga 1991.
Terjemahan daripada judul asal The Sociology of Corruption oleh AHMAD TAJUDDIN
INTISARI (Cetakan pertama, 2025)
xvii + 110 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
Original price was: RM25.00.RM21.25Current price is: RM21.25.
In stock
Nota Penterjemah
Prakata (Edisi Terjemahan)
Prakata (Edisi Bahasa Inggeris)
1. Pengenalan
2. Sifat Rasuah
3. Fungsi Rasuah
4. Punca Rasuah
5. Pencegahan Rasuah
6. Kesimpulan
Glosari
Rujukan
Indeks
Weight | 0.3 kg |
---|---|
Dimensions | 18.1 × 11.2 × 1.2 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet