Tamadun Melayu: Sejarah, Warisan dan Jati Diri menggarap perbincangan korpus ilmu mengenai ekologi identiti bangsa Melayu moden merangkumi warisan, sejarah, budaya, bahasa, busana, adat, jati diri dan selainnya, berasaskan kategori etnik Melayu. Menerusi buku ini, rangkuman kompilasi kupasan tokoh-tokoh ilmuwan Malaysia dalam bidang kepakaran masing-masing diangkat sebagai pedoman memperkasa alam dan tamadun Melayu. Penghuni di kawasan Dunia Melayu merupakan salah satu daripada lima rumpun bangsa dan bahasa yang terbesar di dunia. Hari ini, ‘Dunia Melayu’ dari segi geo-politiknya merangkumi wilayah yang kita sebut sebagai Nusantara. Manakala dari segi kebudayaannya pula ianya merangkumi aneka budaya daerah dan kesukuan yang mana telah mengalami perkembangan yang agak terasing dan tersendiri semenjak runtuhnya Empayar Melayu, kemudiannya dipecahbelahkan wilayahnya oleh penaklukan kuasa kolonial barat. Bahan bacaan menyeluruh seperti yang dipaparkan dalam buku ini amat baik untuk dikongsikan kepada generasi kini sebagai asas pembinaan jati diri bangsa yang akan mewarisi perjuangan bangsa di masa hadapan.
Tamadun Melayu: Sejarah, Warisan dan Jati Diri
Disunting oleh ASYAARI MUHAMAD dan MOHD NASRULAMIAZAM MOHD NASIR
Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
337 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM50.00
In stock
Prakata
1. Memperkasa Warisan, Sejarah dan Jati Diri Tamadun Bangsa
– Asyaari Muhamad & Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir
2. Ilmu dan Pembentukan Identiti: Daripada ‘Pengajian Melayu’ Kepada ‘Pengajian Alam Melayu’
– Shamsul Amri Baharuddin
3. Kerajaan Melayu Purba yang Lupus di Thailand dari Abad 7-14 Masihi (Nakhon Ratchasima, Ayutthaya, Ratchaburi dan Bangkok)
– Asyaari Muhamad
4. Ekonomi Melayu-Bumiputera: Cabaran ke Arah Keperluan Jati Diri dan Berdikari
– Chamhuri Siwar & Mohd Khairi Ismail
5. Tanah Air dan Merantau: Naratif Memori Kepulauan Melayu sebagai Satu Kategori Konsep Ilmu Sosial
– Ahmad Murad Merican
6. Persempadanan, Perantauan dalam Landskap Penyebaran Dialek
– Nor Hashimah Jalaluddin
7. Bahasa Melayu sebagai Warisan Negara dalam Pembentukan ‘Keluarga Malaysia’
– Awang Sariyan
8. Mengenali Adat Perpatih Melalui Tambo Alam Minangkabap Melayu
– Mohd Rosli Saludin
9. Koleksi Seni Kraf Tradisional Melayu di Jabatan Muzium Malaysia: Tinjauan Umum dalam Aspek Sejarah dan Kebudayaan
– Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Mohd. Razaimi Hamat
10. Pengangkutan Air dalam Tamadun Melayu: Perahu Tradisional Terengganu
– Fauzi Muda
11. Warisan Seni bina Masjid Kerajaan Melayu Langkasuha di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia dan Selatan Thai: Tipologi Masjid Vernakular Berbumbung Panjang
– Noor Hanita Abdul Majid
Rujukan
Indeks
Weight | 0.463 kg |
---|---|
Dimensions | 22.8 × 15.2 × 1.8 cm |
Author(s) | Ahmad Murad Merican, Asyaari Muhamad, Awang Sariyan, Chamhuri Siwar, Fauzi Muda, Mohd Khairi Ismail, Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir, Mohd Razaimi Hamat, Mohd Rosli Saludin, Noor Hanita Abdul Majid, Nor Hashimah Jalaluddin, Shamsul Amri Baharuddin |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet