‘Alam al-Hussab fi ‘ilm al-Hisab Syeikh Ahmad al-Khatib: Teks Matematik Klasik Alam Melayu mengandungi transliterasi dan tahkik manuskrip karya matematik tulisan ulama Melayu yang digunakan dalam kurikulum pengajian Masjidilharam Makkah menjelang lewat kurun ke-19. Syeikh Ahmad al-Khatib pernah dilantik menjadi Imam dan Khatib di Masjidilharam ketika pentadbiran Kerajaan Uthmaniyyah. Teks ini menunjukkan taraf keilmuan yang dimilikinya yang melibatkan ilmu-ilmu warisan Islam secara bersepadu. Teks ini ditulis dalam tulisan Jawi yang menerangkan konsep asas matematik Islam termasuk aritmetik, aljabar, geometri, kombinatorik dan masalah yang melibatkan umat Islam. Teks ini menjadi bukti hidup betapa ilmuwan Melayu menjadikan matematik menjadi ilmu yang dituntut di atas dasar fardu kifayah dalam epistemologi Islam. Matematik berkait rapat dengan fiqh yang melibatkan pengiraan termasuk zakat, fara‘id, urus niaga, falak, dan seumpamanya. Teks ini merupakan kesinambungan warisan al-Khawarizmi, Abu Kamil, al-Amili, al-Turtusi, Ibn Yasamin dan rangkaian mereka yang diungkapkan kembali dalam bahasa Melayu oleh al-Khatib. Teks ini menjadi saksi bahawa tamadun Melayu merupakan kesinambungan daripada tamadun Islam induk yang agung.
‘Alam al-Hussab fi ‘ilm al-Hisab Syeikh Ahmad al-Khatib: Teks Matematik Klasik Alam Melayu
MAT ROFA ISMAIL adalah pengkaji bidang etnomatematik di Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia.
DBP (Cetakan pertama, 2024)
xx + 527 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
RM75.00
In stock
Prakata
1. Matematik dalam Pengajian Tradisi Alam Melayu
2. Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al-Khatib: Tokoh Matematik Alam Melayu
3. Teori Kombinatorik al-Khatib
4. Perbincangan Siri dan Aljabar al-Khatib
5. Teks ‘Alam Hussab fi ‘ilm al-Hisab Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib
Bibliografi
Indeks
Weight | 0.55 kg |
---|---|
Dimensions | 21.5 × 14 × 2.7 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet