Isu-isu dan Naratif Baharu Persejarahan Politik Malaysia

Disunting oleh AZMI ARIFIN

Penerbit USM (Cetakan kedua, 2025)
xix + 331 halaman termasuk Indeks

RM48.00

In stock

ISBN: 9789674619176 Product ID: 47427 Subject: Sub-subjects: , , ,

Isu-isu dan Naratif Baharu Persejarahan Politik Malaysia merangkumkan perspektif baharu mengenai sejarah politik Malaysia, khususnya mengenai isu-isu yang muncul semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Bab-bab yang disajikan dalam buku ini menyoroti polemik, perdebatan dan interpretasi baharu dalam sejarah Malaysia yang mencakupi semua aspek politik, sosial, agama dan ekonomi yang berlaku sebelum dan sesudah PRU ke-14. Aspek-aspek yang difokuskan ialah isu sejarah Malaysia yang menarik perhatian umum dan kemudian muncul sebagai perdebatan di media massa dan media sosial. Antara topik menarik yang dibahaskan dalam buku ini ialah perdebatan ideologi politik dan peranan media baharu, isu Melayu-sentris dalam sejarah Malaysia, peranan Hizbul Muslimin dalam perdebatan sejarah kemerdekaan, isu hubungan diplomatik Malaysia-Filipina dan Malaysia-China, serta isu etnik, agama, monarki dan pendidikan dalam politik di Malaysia. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh ahli akademik, pengkaji, pendidik, pelajar universiti, peminat sejarah dan sesiapa sahaja yang tertarik untuk mempelajari dan mengetahui isu-isu utama yang mempengaruhi pentafsiran sejarah politik yang muncul pasca-PRU ke-14 di Malaysia.

Prakata
Pengenalan

1. ‘Sejarah Sebagai Dakyah’: Paparan Sejarah dalam Pertembungan Ideologi Politik dan Peranan Media Baharu di Malaysia
Azmin Arifin

2. Pentingnya ‘Sejarah Bertunjang Bumi Dikisah’ dalam Penulisan Sejarah Kebangsaan Malaysia
Abdul Rahman Haji Ismail

3. Polemik Kedudukan Hizbul Muslimin dalam Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu: Gerakan Kiri dan Prokomunis?
Abu Hanifah Haris

4. Keterpinggiran dalam Politik: Sayap Wanita MIC dan Cabaran Pemerkasaan Wanita India dalam Politik, 1975-2008
– Syamala Nair Gopal & Mahani Musa

5. Kelangsungan Sekolah Vernakular Cina di Malaysia: Antara Polemik dan Retorik Politik
Ku Boon Dar

6. Hubungan Diplomatik Malaysia-Filipina: Dilema Antara Kedaulatan Nasional dan Kerjasama Bilateral
Norizan Kadir

7. Perubahan atau Kesinambungan? Hubungan Malaysia-China dari Mahathir ke Mahathir, 1981-2020
Tan Chee Seng

8. Antara Dua Darjat? Menilai Semula Sikap Tun Dr. Mahathir dalam Isu Jenayah Kemanusiaan di China dan Israel Sebelum dan Selepas PRU ke-14
Muhamad Hasrul Zakariah

9. Perubahan dan Persambungan Polisi Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia, 1980-2020
Low Choo Chin

10. Isu ICERD: PUTERA-AMCJA Mendahului Zaman?
Azmah Abd Manaf

11. Interaksi Etnik, Agama dan Monarki dalam Politik Malaysia Era Pasca-PRU ke-14
Ahmad Fauzi Abdul Hamid & Noorul Hafidzah Zawawi

Indeks

Weight0.621 kg
Dimensions24 × 16.5 × 2 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.