Sejarah Islam di Alam Melayu: Antara Fakta dan Rekaan

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS merupakan bekas Pengasas-Pengarah ISTAC.

Terjemahan daripada Historical Fact and Fiction oleh KHALIF MUAMMAR A. HARRIS

Penerbit UTM Press (Edisi Terjemahan Pertama, 2025)
xix + 202 halaman termasuk Indeks dan Rujukan

RM60.00

In stock

ISBN: 9789835221286 Product ID: 47520 Subjects: , , , Sub-subjects: , , ,

Sejarah Islam di Alam Melayu: Antara Fakta dan Rekaan ditulis bagi menjawab kekeliruan yang ditimbulkan oleh ramai sejarawan Eropah berkenaan sejarah Islam di Alam Melayu demi menyingkap hakikat sejarah dan membezakannya daripada cerita-cerita rekaan dan khayalan. Persoalan tentang siapakah pendakwah-pendakwah yang membawa dan menyebarkan Islam ke rantau ini; andaian bahawa Islam datang dengan jalan perdagangan yang mengisyaratkan bahawa tiada usaha yang terancang dan tersusun untuk Islamisasi Alam Melayu; tentang asal usul nama Sumatra, sama ada ianya berasal daripada perkataan Samudra atau Semutra; persoalan mengenai Merah Silau dan al-Malik al-Salih; identi sebenar Parameswara; asal-usul nama Melaka yang kononnya diambil daripada pohon Melaka; identiti Wali Songo dan nama-nama mereka, bahkan perbincangan juga merangkumi sejarah Islamisasi Mindanao, Sulu, Brunei dan Pulau Jawa. Semua fakta sejarah ini penulis kemukakan dengan menggunakan kaedah ilmiah yang menyeluruh berdasarkan hujah-hujah akliah yang disokong oleh buku-bukti empirikal dan bukan berasaskan hujah-hujah sangkaan seperti mana yang sering dilakukan oleh para sejarawan Eropah.

Pengenalan

1. Pentafsiran baharu perihal kisah Merah Silau; bukti sejarah yang menunjukkan bahawa Semut Besar adalah fakta dan bukan rekaan; identiti raja Muslim pertama Samudra-Pasai; asal-usul nama Sumatra dalam Bahasa Melayu; Adat Melayu dalam pergantian raja pada pertengahan abad ke-14; isu-isu sejarah yang lain.

2. Petunjuk baharu perihal Parameswara; bila dan mengapa ia mendapat gelaran jawa Parameswara, apakah gelaran diraja Melayunya ketika pemberontakannya terhadap Majapahit; dan makna gelaran tersebut; bila dan di manakah beliau menganut agama Islam, dan nama muballigh besar yang meng-Islamkan beliau; nama Islam beliau yang asal; peranannya yang besar, dan bukan Adityawarman, dalam meletakkan batu asas pembangunan kerajaan Melayu yang baharu; penubuhan Melaka dan nama asal serta maknanya; kisah rekaan perihal melaka dalam penubuhan Melaka; makna sejarah dan idea manusia agung dalam sejarah.

3. Perihal identiti Arab yang berdasarkan susur-galur dan bukan suku kaum; para pelopor yang membawa dan menyebarkan Islam di Kepulauan Melayu pada abad-abad awal dan seterusnya orang-orang Arab daripada asal-usul yang mulia, terutamanya daripada keturunan ‘Ali bin Abi Talib melalui puteranya al-Husayn, cucunda Rasulullah salla’Liah ‘alayhi wa sallam, nama-nama mereka dan susur galurnya dalam sumber-sumber Melayu, Jawa, Sulu, Moro dan Arab (Hadrami); penyelesaian kepada masalah yang tidak diselesaikan dalam sejarah Sulu dan Mindanao; identiti sebenar Tuan Masha’ika dan Tuhan Maqbalu, dan tarikh ketibaan Kabungsuan di Mindanao; bukti nyata dan fakta sejarah yang menunjukkan asal-usul Islam bercirikan orang-orang Arab Selatan (Hadramaut) di Kepulauan Melayu; para muballigh Islam yang agung pada abad ke-12 hingga ke-16 Masihi; penciptaan abjad Arab-Melayu dan tulisan Jawi berdasarkan sistem bunyi Bahasa Arab (Hadrami).

Indeks
Rujukan
Lampiran

Weight0.432 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.