Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah

ABDUL AZIZ BARI adalah bekas seorang ahli akademik, pensyarah dan pakar undang-undang berbangsa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini beliau bertugas di Universiti Selangor (UNISEL).

DBP (Cetakan Kelima, 2013)
306 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM38.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789836271853 Product ID: 493 Subject: Sub-subjects: , ,

Sebahagian besar isi kandungan buku Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah tulisan Abdul Aziz Bari membincangkan isu-isu semasa yang banyak menyentuh permasalahan perlembagaan. Antaranya melibatkan isu raja-raja, pengasingan kuasa, hak asasi, darurat, fitnah, kehakiman dan pilihan raya. Huraiannya jelas dan mudah. Banyak fakta yang melatari perkembangan Perlembagaan Malaysia sejak awal pelaksanaan khususnya yang melibatkan asas dan masalah mutakhir dibincangkan. Penulis berjaya mengupas isu perlembagaan yang kompleks dengan baik.

Buku Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, yang diletakkan di bawah tema umum ‘landasan’ merupakan huraian-huraian tentang struktur dan kerangka perlembagaan kita. Ini perlu kerana perbincangan tema dan masalah perlembagaan perlu didahului dengan pengetahuan asas tentang struktur dan kerangka berkenaan. Ini bertujuan memberi gambaran atau senario umum bagi tema-tema yang akan dibincangkan dalam bahagian yang berikutnya. Bab-bab dalam bahagian pertama ini tidak berhasrat menggantikan bab-bab dalam buku teks yang ada dalam pasaran. Apa yang disajikan dalam bab-bab itu hanyalah perbincangan ringkas tentang aspek-aspek yang dirasakan penting dalam memahami perlembagaan.

Bahagian dua pula, yang boleh dikatakan kesemuanya, adalah rencana-rencana yang telah disiarkan dalam Dewan Budaya. Inilah kelebihan buku daripada majalah. Rencana dalam akhbar atau majalah terpaksa dipendekkan: Ruang dan sifat media itu sendiri tidak mengizinkan perbahasan-perbahasan yang tuntas tentang perlembagaan. Inilah yang mendorong penerbitan semula karangan-karangan tersebut dalam bentuk buku. Meskipun demikian di sana sini mungkin ada pengulangan. Bagaimanapun ini sukar untuk dielakkan dalam sebuah buku seperti ini.

Prakata
Penghargaan
Senarai Singkatan
Senarai Kes
Senarai Statut

BAHAGIAN SATU
Asas Institusi Perlembagaan Malaysia

1. Perlembagaan — Makna dan Peranan
2. Sejarah dan Latar Belakang Perlembagaan Malaysia
3. Struktur dan Kandungannya Secara Sepintas Lalu
4. Eksekutif, Kabinet dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
5. Badan Perundangan — Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
6. Badan Kehakiman — Kedudukan dan Peranan
7. Majlis Raja-Raja — Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan

BAHAGIAN DUA
Isu dan Masalah

8. Kepentingan Pemahaman Budaya dan Sejarah Negara dalam Mentafsir Perlembagaan
9. Raja Berperlembagaan: Sekadar Simbol?
10. Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia
11. Mencari Keseimbangan antara Keabadian dan Perubahan
12. Di Sekitar Undang-undang dan Keadilan
13. Mahkamah — Pengasingan Kuasa dan Politik
14. Kedudukan Adat Melayu dalam Kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia
15. Perlukah Malaysia Mempunyai Common Law Sendiri?
16. Undang-undang dan Moral
17. Undang-undang dan Masyarakat
18. Murtad dan Konsep Kebebasan Agama di Sisi Perlembagaan
19. Kedaulatan — Erti dan Konteksnya
20. Orang Melayu dan Perlembagaan
21. Kebebasan Asasi dalam Perlembagaan
22. Darurat — Di Sisi Undang-undang dan Perlembagaan
23. Federalisme — Struktur dan Masalah
24. Parlimen — Peranan dan Masalah
25. Pilihan Raya — Peranan dan Nilainya dalam Demokrasi
26. Faham Perlembagaan — Konsep dan Pelaksanaan
27. Anugerah Bintang Kebesaran — Nilainya di Sisi Perlembagaan
28. Fitnah dari Sudut Undang-undang
29. Raja Berperlembagaan — Masa Depan di Malaysia
30. Adakah Malaysia Negara Sekular?
31. Kehakiman — Antara Kebebasan dan Kenyataan
32. Perlembagaan dan Perundangan — Perkembangan dan Penyesuaian

Lampiran
Senarai Peruntukan dan Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan

Bibliografi
Indeks

Weight0.430 kg
Dimensions22.9 × 15 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.